Hati pasti melahirkan kerinduan kepada kecomelan dalam ketegasan pensyarah ku ini ketika mendidik kami tentang Rancangan Penyatuan Penuh 2012. Topik nie adalah hot topik sejak minggu pertama kuliah. Mulanya kedengaran agak janggal sehingga tak terasa untuk mencari addition info ttg penyatuan IFRS 2012 tue. Tapi bila kQ diberi tugasan untuk penulisan, baru mula rasa terkial-kial mencari perahu untuk mendayung ke tengah tasik demi selautan markah untuk penulisan individu tue. Nasibku agar baik kerana terpilih dan tercalon dalam menjawab soalan yang paling HOT dan kiranya pada ketika itu aku paling blurr tentang topik itu. Setelah berhempas pulas meng-GoogleDotCom dan meng-YahooDotCom, barulah aku sedar tentang kesensitifan yang cuba pensyarah comel ini ceritakan. Patutlah muka para-para Akauntan tahun ini berkerut sejuta satu kedutan..(AWAS, nanti muka nampak cepat tua sebelum usia..) Tuah kucing nampak dimisai, tuah manusia kenalah tanya Hang Tuah..hahaha..Tajuk penulisan individu sebijik-sebijik masuk dalam soalan finalExam tadi. Mestilah aku berbangga sebab aku ada share jwpn yg tak seberapa tue pada classmate dan pensyarah pun xde komen banyak tentang jawapan aku berbanding classmate aku yang lain. Hope jawapan 20 markah tue dapat membantu aku skor paper ini. Selain itu, aku paling suka dan yakin serta selesa dengan soalan isu Corporate Social Reporting. Ini hasil kerajinan terlebih aku dengan membuat 2 penulisan individu. Pensyarah ada bertanya,"Kenapa hantar 2 tajuk?" dan aku menjawab, "Saja sebab ada masa terluang dan berminat dengan tajuk itu." Lagipun tajuk tue xde orang ambik, so aku sengaja la buat sebab nak back-up penulisan individu tajuk aku yang mungkin terlompang itu. Alhamdulillah...kerajinan itu tidak sia-sia sebab akhirnya soalan itu juga membantu aku di saat akhir.
Sekilas kenangan minggu pengkuliahan :-
Selalu hari Isnin petang selalu stress bila ingat banyak info yang perlu dicari sebelum kelas teori esok. Bekalan perlu cukup supaya tidak banyak disoal. kQ paling suka bila ada soalan Kembara Minda utk kuliah tue sbb boleh terus fokus in the right track what I have to google. Kadang-kadang rasa letih sebab banyak membaca tapi itu semua berbaloi bila dapat melihat pensyarah tersenyum bila keluar kelas selepas mendengar info yang diberikan oleh classmate. Walaupun kuantiti kami sedikit tapi x bermakna kami keluarkan info yang sedikit, just kerkilan sebab banyak ilmu yang tak dapat di share dgn classmate sbb kuantiti kami sedikit. Bayangkanlah 6 orang dalam satu kelas. Umpama pelajar Master in Taxation je. Asyik lawan tengok muka sesama sendiri tapi paling suka bila gelagat slang english US and english UK..(ahh, rindunya pada Dr Azlina Ahmad)..
Pembentangan ED72 FRS for SMEs sangat meletihkan. Report yang dibuat dan dihantar saat akhir. Pembentanga dalam bahasa asing. Slide banyak kali kena betulkan sebab bila bawa je tunjuk pensyarah nak suruh betulkan. Tapi biar betulkan slide sejak awal daripada salah bentang pada penghujungnya, lagi rasa sakit.
Pertempuran sengit di medan ilmu tadi. Sedaya upaya walaupun tangan kebas menulis teori yang harus di teorikan dalam amalan perakaunan. Soalan straight to the point, xde kias-kias, xde puitis. TAPI bila da yg jual pantun, kenalah kita beli pantun tue. Tadi memang daebak la sebab....saya keluar ikot aturan masa. Sebelum mula, memang rasa macam nak keluar awal. Maybe nak jawab 2 jam soalan teori tapi sebab budak keJut hensem kat sebelah, terus xjadi nak keluar awal. Kalau boleh nak berjuang bersama-sama dengan budak keJut yang hensem lagi tampan tersebut..(dah mula merepek dengan benda yang xde kaitan..)
Kalau boleh nak cerita panjang lagi. Kalau boleh nak cerita cara kitorg belajar teori. Kalau boleh nak share jawapan yang dihantar. Kalau boleh nak share everything tentang subjek best nie dgn semua accounting student. Just tak boleh nak bagitau berapa kQ skor untuk subjek ini...baiklah HARUS keluar sekarang untuk ulangkaji my nextpaper..esok lepas exam paper tue saya share lagi yek..
0 comments:
Post a Comment