Malam pasangannya siang
Jaga pasangannya tidur
Rajin pasangannya malas
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia da hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisiskan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua rang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirkan berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walaupun sedikit, maka akan dilihat oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
"Walaupun muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu, kenapa?"
Mata lelaki ini nakal setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepadanya kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhnkan kain atau memakai stokin yang berwarna. Jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula engakau melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecuali jika kamu wajai lelaki ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu jenis penyakit iaitu mata lelaki itu akan tertanggap spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk si suami. Itulah wahai muslinah, jika ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. Jangan keluar seorang, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu oleh gangguan luar. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Ingat-ingatlah wahai muslimin muslimat,
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...
(sumber :- iluvislam.com)
Entry ini wujud setelah menerima teguran oleh seorang teman tentang cara pemakaian penulis. Terpukul dengan kata-katanya sehingga bermuhasabah seketika. Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk terus membina kebaikan di dunia dan di akhirat jua...
0 comments:
Post a Comment