BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, October 28, 2010

Percukaian Lanjutan

Okey, entry kali ini agak lewat dari kebiasaan akibat dari sikap pemalas tuan punya entry. Dalam kemalasan yang menrantai jiwa nie sempat lagi melakukan kerja2 lain yang lebih berfaedah untuk kecantikan dan kesihatan diri. Berhubung perkara di atas (tajuk entry), dgn ini saya melafazkan rasa bersyukur yang tak terhingga kerana telah berjaya melalui 3 paper dalam minggu ini dengan lancar sekali, Alhamdulillah. Kelas advanced tax nie sangat menarik sebab pensyarahnya yang comei..(asyik cakap kuliah yang menarik dan pensyarah yang comei pada semua entry, adakah ini semua benar atau sekadar tugas membodek utk menagih markah simpati? mungkin YA mungkin TIDAK..sila bulatkan jawapan yang betoi megikut selera perut masing2..sekian..). Pada saya semua kuliah sem nie agak menarik dan berbangga sekali mendapat kesemua pensyarah yang comel lagi baik. Ini belum masuk lecture bahasa Korea, mau sasau bila bercerita. Tentang lctr korea, biar next entry yek.
Semester ini adalah giliran pembentangan case bagi subjek adv tax. Pembentangan secara berkumpulan mengikut tajuk yang diberikan lctr. Tajuk case saya adalah "Exxon Chemical Sdn Bhd Vs KPHDN". So everyweek kami akan meminjamkan telinga kami kepada kumpulan2 yang akan membentang kes pada setiap minggu. Nice kan kami semua. Semua kumpulan menunjukkan yang terbaik sebab besar markah yang diperuntukkan walaupun xpayah diiktiraf dalam penyata kewangan (mulalah merepek buat bdk2 bkn accounting binggung seketika..). Untuk final paper plak kena jawab 5 soalan dalam masa 2jam30min. 1 soalan 30 minit dah lebih pada cukup sebab dalam masa 1jam 45minit sudah berkira-kira untuk keluar. Tepat 2jam nekadkan diri keluar bersama-sama pelajar yang bik paper 2jam memandangkan dah letih menulis jawapan yang panjang dan akhirnya menyebabkan tangan kebas sebab menulis non stop. Mana taknya, buka paper terus melakarkan draf jawapan pd kertas soalan. Risau benar klu terlupa seksyen or nama kes atau terlupa amaun pelepasan diri dalam Bajet 2010. Sadly, saya GAGAL dengan BERANI tak dapat menjawab soalan terakhir berkenaan GST (Good Service Tax). Bukanlah tak menjawab langsung tapi saya xdapat fikir tentang KEBAIKAN GST sebab alasan penangguhan GST terlalu banyak saya tulis, akibatnya kesan -ve telah menyerap masu sehingga +ve hilang..huhu. Tak heranlah GST masih belum ada kata putus sehingga hujung tahun 2010.
Keseluruhannya, saya sangat gembira menjawab paper ini dan seterusnya menyimpulkan di sini "Saya akan meneruskan Master in Taxation if result untuk Advanced Tax saya -A-". Nanti boleh minta tolong lecture tandatangan sokongan bagi bahagian akademik memandangkan dapat A juga dalam paper taxation yang lain.

Mungkin itu dikatakan rezeki dari Allah swt..
InsyaAllah dengan izin dari-Nya...

0 comments: