Bila berjanji seHARUSnya ditepati. Semalam kQ kan dah janji nak bercerita tentang my next final paper. Pagi tadi dalam cuaca yang sangat sejuk memaksakan diri untuk mandi dan bersiap-siap ke medan peperangan. Sejuknya air bak berada di Cameron. Ah, rindu Cameron plak tertiba. Bila boleh holiday sana lagi yek? Menjawab dalam keadaan yang takot kerna merasakan tidak cukup kelengkapan perang untuk pagi nie. Rasa pedang tak ckup tajam untuk memancung soalan. Semalam memang tak dapat study, kesihatan yang semakin kurang memuaskan. Alhamdulillah, berbekalkan doa dari insan2 kesayangan, perjalanan exam berjalan lancar. Semalam berfikir macam-macam. Berfikir tentang "jika itu" dan "andai ini". Ada 4 soalan yang perlu dijawab dalam masa 3jam. Masa yang sangat singkat itu kQ gunakan sebaik-baiknya. Mungkin itu paper accounting terakhir kQ. Sapa tahu lepas nie kQ terjun dalam bidang lain. Misalannya bidang taxation or HR. Soalan berkisah tentang Penilaian Saham dan perniagaan, Perakaunan Harta Pusaka dan Amanah, Perkongsian serta Perakaunan Cawangan. Soalan yang paling best jawab adalah harta pusaka dan amanah, manakala soalan yang paling blur nak jawab adalah penilaian saham perniagaan. Apapun lepas dari paper tadi terus menyerahkan laporan kumpulan yang terHUTANG sejak minggu lepas. Nasib Pn Hamezah baik orangnya. Memang sesuai jiwanya menjadi pendidik. Pensyarah kecik molek sangat bersungguh bila mengajar kami walaupun kami hanya 4 orang. Oleh sebab bilangan kami yang paling sedikit, kadang2 dipandang HINA oleh beberapa pihak. Sebagai contoh, mereka menganggapkan kami pelajar repeat or extand. Padahal inilah kali pertama kQ menguruskan akaun wasi, pertama kali mengakaunkan akaun cawangan dan ibu pejabat. Biarlah dengan kata2 kurang baik sebab xde luak pun ilmu kami bila kamu berkata begitu. Selain itu, kadang2 rasa lucu bila da yang sangkakan pensyarah kami adalah rakan sekelas kami. Pensyarah yang kecik molek sedang mengajar kami di depan dan pelajar lain slumber masuk dalam kelas kerana sangkakan yang kami hanya buat study group..hahaha.. =)
Okeylah, minta diri dlu sebab perlu fokus pada next paper... Advanced Taxation, here I come...
0 comments:
Post a Comment