Hati begitu nekad untuk tinggalkan seorang kawan yang mulai rapat dalam hidup. Mungkin dia tak fikirkan begitu? Aku nekad untuk menyatakan hasrat untuk tidak menghubungi lagi. Alasan juga telah diberikan dan mengharap dia faham.
Maafkan aku hati sebab terpaksa begini.
Maafkan aku masa kerna tak mampu berpatah semula.
Maafkan aku air mata sebab biarkan engkau deras mengalir.
Hatiku bukan milikmu kerna engkau tak layak untuk aku anggap kawan. Atau mungkin aku yang sememangnya tidak layak untuk kamu dan insan lain. Pernah angankan sendirian meniti bahagia tapi itu bukan jalan hidupku. Aku juga seperti kamu yang ingin melihat kebahagian orang lain. Untuk itu aku sanggup korbankan segala kepentingan yang ada. Hidup jalan aku begitu kompleks sehingga tiada yang layak untuk mendampingi. Tak sanggup rasanya melihat orang yang aku sayangi menitiskan air mata apatah lai berkongsi seribu satu kedukaan dalam hidupku. Biar kami saja yang melaluinya. Biar aku dan keluargaku sahaja. Sukar untuk lepaskan kamu tetapi payah juga untuk bersama kamu.
Andai langit itu cantik, kenapa perlunya hujan?
Andai pertemuan itu indah, kenapa perlukan perpisahan?
Andai kamu membaca entry ini, aku berharap engkau hentikanlah janji-janji itu. Tak perlu bersusah payah untukku lagi. Tak perlu terus menghubungi lagi. Aku akan sentiasa doakan kebahagian kamu dunia akhirat dari jauh. Hanya doa penghubung kita...
3 Oct 2010 (jam 2.55am)
0 comments:
Post a Comment