BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, December 6, 2011

Procurement Step 6


.
.
.
.
.
give sufficient thought to various pricing mechanisms such as lump-sum or schedules of rates and how good these will be at accommodating charges
.
.
.
.
.
REMEMBER,
the more information you provide, particularly on the desired outcomes, the greater your chances of success.
.
.
.
.
.

Friday, November 18, 2011

Procurement Step by Step (Step 5)

.
.
.
do not 'handcuff' tenders. do not be too prescriptive in how you want the work to be delivered : describe the 'outcomes' you require
.
.
.
try to find ways in which specialist suppliers and contractors can contribute their expertise ; allow tenders to innovate and offer you their best solutions
.
.
.
make sure you secure best value by considering quality, design and whole life cost and not just lowest tender price

Step 4 Procurement

  1. Ensure compliance with EC Procurement Directives, domestic legislation, Contract Standing Orders etc., particularly in respect of advertisements, invitations and receipt/opening of tenders, evaluation procedure and approvals.
  2. Seek legal advice and involvement in the process at the outset. You are initiating events that will result in a contract with an outside firm! You want it to be right.

Monday, November 14, 2011

Step 3 - Procurement

  • Be seen to be fair to all potential tenderers and that the process is conducted without favouritism
  • Engage widely with stakeholders and existing contractors in advance of formal proceedings
  • Get all internal players to contribute to the critical success factors and key evaluation criteria and record these!
  • Allow sufficient time for tenderers to 'put their case' during evaluation, at interviews, presentations etc.

Friday, November 11, 2011

11/11/11 - Fact 3

The Great Blue Norther of 11-11-11 (Fact 3)
The Great BlueNorther of 11 November 1911 was a cold front that affected the central United States. Many cities had record high temperatures in the early afternoon and record dropping temperatures by nightfall. This was the only day that many cities in the Midwest were able to break record highs and lows for the same day.

Cities such as Springfield, Missouri recorded a high of 80°F (27°C) before the cold front, 40°F (4°C) by nightfall and a record low of 13°F (-11°C) by midnight. The main cause for the dramatic cold snap was an extremely strong storm system that separated the warm, humid air from the frigid, arctic air.

11/11/11 - Fact 2

Special days observed on 11-11-11 (Fact 2)
Various events occur in different parts of the world on11 November. These events include :-
  • Veterans Day in the United States
  • Remembrance Day in Australia
  • Remembrance Day in Canada
Many Americans, Canadians and Australians have a moment of silence at 11am (11:00) local time on 11 November each year to honour soldier who fought for their country. Dates such as 11-11-11 are also popular for weddings, product or services launches and other planned events as the date is easy to remember.


11/11/11 - Fact 1


11/11/11 - a date with a special meaning?
Date such as 11-11-11 are happening more often since the start of the new millennium. The hype for these special dates is building across popular culture with films and stories being made about the end of the world and news reports about expectant parents eagerly waiting for their children to be born on these sates. But there a special meaning behind these unique dates? Or is it just pure math?

Significance of 11/11/11 (Fact 1)
Based on past calendar dates such as 10/10/10 or 10 October 2010, no significant or unusual phenomenon occurs simply because of a date that has the same numbers in a sequence. The numerial sequence of 11 November holds a special significance in the binary numeral system, which is the base-2 number system that represents numeric values using two symbols, 0 and 1. The date of 11 November has a binary number of 111110 where it has a decimal equivalent of 62 in the year 2010 and binary number of 111111 with a decimal equals a palindrome :-
(2 digits) 11 x 11 = 121
(6 digits) 111111 x 111111 = 12345654321
(9 digits) 111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Step 2 Procurement

  • Establish the roles and responsibilities of all involved. For example, who is to decide/approve the short list? Who will be responsible for the quality and price evaluations?
  • Get everyone to contribute to the palnning process, including internal Lawyers and Auditors. Be clear what approvals are required from elected Members and their role in the whole process.

Thursday, November 10, 2011

Trauma Alza

Dalam masa setengah jam lagi, kerja harus diselesaikan dan entry ini juga harus dipostkan. Semua pasti tertanya-tanya kenapa tiada entry "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kan. Sebenarnya penceritaan di bawah adalah benar sebenar-benarnya dan tiada tokok tambah memandangkan diri perlu bersikap jujur.. Jujur sangat sekarang ini...(maknanya selama ini kQ x jujur ke?)..Berbalik kepada penceritaan dan perkaitan kepada tajuk entry, saya telah mengalami kemalangan sewaktu pulang dari bertugas. Dalam keadaan jalan licin selepas hujan, petang tue dengan yakin mahu segera pulang dihalang oleh kejadian yang tak diingini. Sebenarnya kQ masih trauma bila melalui jalan tersebut dan petang ini adalah hari kedua untuk mengharungi jalan tersebut setelah bercuti panjang selepas kemalangan and you all guess what? Something telah berubah di jalan tersebut. Wujud kesan kemalangan di lokasi tersebut. Jika ditanya tentang kekasih hati, memang parah sebab terpaksa menerima rawatan secara intensif.. Bajet lari untuk merawat kekasih hati. Keadaan diri pulak xde la teruk sangat sebab injured takde la seteruk masa injured sport zaman belajar dulu. Yang pastinya masih lebam walaupun ubat sudah habis dimakan dan ubat tersebut sangat tidak disukai ramai. Lain sangat rasa ubat tue, biasalah klu rasa coklat mesti best nak makan kan.. kan.. kan. Semalam saja ramai staf yang ambil berat bertanyakan tentang kejadian. Letih gak nak menjawab sambil bercerita ala-ala pertandingan bercerita zaman kanak-kanak. Mama pulak semakin risau dan berkata "Esok pergi beli insurans (PA)". Ramai yang melawat menasihati supaya naik kereta untuk ke tempat kerja. Bila fikir memang la best naik keta, xde kena panas, xde kena hujan tapi benda paling xbest ialah pembaziran wang dan masa bila berkereta. Nanti la akan difikirkan selepas dapat confirmation letter dari KTMSB. Setakat ini banyak -ve dari +ve bila berkereta ke tempat kerja. Marilah berhati-hati di jalan raya...

Pesanan IKHLAS dari kQ kepada pemandu-pemandu khasnya pemandu Perodua Alza tersebut, jika kQ terserempak secara sengaja atau tidak sengaja, tolong la berdoa untuk kQ tidak moody. Sebab memang dah pasang niat jahat nak menjahanamkan kehidupan kamu sebagaimana kamu menganggu ketenangan kQ dalam pemanduan. Ini bukan main-main sebab dah nekad dan pasang niat. Melainkan kamu datang memohon maaf atas kesilapan dan kecuaian kamu petang itu.

Step 1 - Procurement

  • Consider at the outset the full extent of what needs to be done, by whom and by when. Who needs to be involved? Are they being consulted?
  • Seek advice from others (departments, local authorities etc.). It's always harder if you start with a blank piece of paper (like me, zerro in procurement world).
  • Establish a complete procurement timetable with consultation periods, approval dates, invitation, receipt and evaluation of tenders, interviews, contract award etc.
  • Ensure adequate time is allowed for the whole process.
  • If you think that the project might be right for a partnering of framework agreement, built this in at the start.

Wednesday, November 9, 2011

Exactly WHAT kind of dream should I draw?
What sort of WISH should I go on embracing?
The future is calling out for us, is that voice now audible to you too?

Thursday, November 3, 2011

Doa (1)


Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ilahi, bagaimana aku berdoa kepada-Mu sementara aku adala aku, bagaimana aku putus asa dari-Mu sementara Engkau adalah Engkau.
Ilahi, jika aku tidak memohon kepada-Mu yang kemudian memberi aku?
Ilahi, jika aku tidak berdoa keada-Mu yang kemudian mengijabkan doaku, kepada siapa lagi aku harus berdoa yang kemudian memperkenankan doaku?
Ilahi, jika aku tidak merendahkan diri kepada-Mu yang kemudiannya menyayangi aku, kepada siapa lagi aku harus merendahkan diri yang kemudian menyayangi aku?
Ilahi, sebagaimana Engkau telah membelah lautan untuk Nabi Musa as dan Kau selamatkan ia, aku memohon kepada-Mu sampaikan selawat kepada Muhammad dan kelurga Muhammad, selamatkan aku dari apa yang aku takutkan, dan bahagiakan aku dengan kebahagian yang segera dan tidak tertunda-tunda dengan kurniaan dan rahmat-Mu,
wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Friday, October 21, 2011

Kecantikan LELAKI Kegagahan WANITA

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Dia ke Sabah

Kalau tengok tajuk entry mesti kamu semua takkan faham kan. Memang taknak bagi kamu semua peluang untuk faham pun sebab masa masih panjang. Ada masa kita bongkar lagi misteri 'dia' itu. Ehhh, kenapa baru sekarang ada masa untuk postkan entry terbaru setelah bercuti agak panjang sebelum ini. Sebenarnya masa kQ selalu dicuri..huhu.. Kalau sebelum ini (maksud kQ sewaktu keje di SBase), kQ punya banyak waktu untuk postkan entry. Kalau boleh everyday one entry must publish to you all. Tapi sejak bekerja di SFI Marketing & Trading, kQ terlalu buzy dengan tugas yang diberikan sehingga kadang-kadang terlupa untuk lunch. And sekarang, kQ punya masa setelah di tempat baru. Nanti la jika da masa, kita akan share tentang tempat baru kQ. Pada masa akan datang juga kQ berjanji akan berkongsi tentang majlis konvokesyen kQ di UKM. Banyak picture yang masih belum di edit untuk kita sama-sama share.
Berhubung dengan tajuk entry, cinta hati saya akan pergi ke Sabah atas urusan kerja selama DUA MINGGU mulai esok. Dia naik flight jam 11am. Apa pun kQ akan merindui dia yang bakal meninggalkan kQ tanpa sepatah kata..(hepp, hope kamu faham dengan kata2 saya nie). Kemungkinan besar setelah dia pulang, kQ akan bersama dengan dia. Kemungkinan besar juga kQ akan join group dia ke Langkawi awal bulan Nov nanti. Apa pun tunggu green light dari dia...

Mr Ariff, I will miss u...
Saya doakan yang terbaik untuk awak dan family awak...

Kita belajar

★ Dari SEMUT kita belajar sikap KERJASAMA ★
★ Dari API kita belajar untuk BERANI MENGHADAPI CABARAN ★
★ Dari IBU kita belajar MENGASIHI ★
★ Dari AYAH kita belajar KEIKHLASAN ★
★ Dari KAWAN kita belajar MEMAHAMI ★
★ Dari KESALAHAN kita belajar menjadi manusia yang lebih BAIK ★

Source : FB Yana IZISH

Wednesday, October 19, 2011

Jika Ingin Mencari CINTA


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu… Wallahualam.

Sunday, August 14, 2011

Barangsiapa

ZIKIR
Barangsiapa hafal TUJUH kalimat, ia dipandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas lautan.
Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu...
Mengucapkan ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu...
Mengucapkan ASTAGFIRULLAH jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut...
Mengucapkan INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok...
Mengucapkan LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini...
Mengucapkan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah...
Mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya...

Dari Tafsir Iman Hanafi, mudah-mudahan ingat walaupun lambat-lambat, mudahan-mudahan selalu walaupun sambil lalu, mudah-mudahan jadi boleh kerana sudah biasa...

SECOND CHANCE

Berada di tempat kerja baru dengan persekitaran yang baru dan juga di bulan baru yang penuh barakah ini amatlah gembira dengan penuh kesyukuran. Allah telah membuka laluan untuk kQ mengorak langkah ke step seterusnya walaupun pernah diduga dengan ujian di Sbase. Sejak melaporkan diri di sini pada 4hb Ogos, kQ banyak belajar tentang perkara baru terutamanya prudent supaya perkara sebelum ini tidak lagi berulang. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua staf akan berkumpul untuk tadarus Al-Quran dengan bimbingan seorang ustaz dan solat Zohor berjemaah. Pada sebelah petang staf pengurusan akan berganding baru menyediakan juadah berbuka puasa. Kami semua berbuka puasa bersama-sama di sini dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah. Setiap kali majlis akan diadakan majlis tahlil oleh staf-staf secara bergilir-gilir mengikut permintaan. Kali ini suasana sahur amatlah berlainan sekali. Jika di rumah sudah pasti disediakan oleh family dan sama sekali berlainan dengan suasana sahur sebagai pelajar. Masa belajar hanya akan ke kafeteria untuk menempah makanan sahur atau pun paling rajin pun keluar makan di kedai bersama teman-teman atau rumet. Tapi sejak berkerja ini, kami bersahur di rumah sewa dengan hidangan yang paling simple. Tak sabar untuk pulang beraya di kampung walaupun suasana raya mungkin agak janggal pada tahun ini. Apapun berada bersama family pada pagi hari raya amatlah bermakna...

My 2nd konvo

-entry pantas-
Tarikh sidang konvo UKM dah keluar. Alhamdulillah dalam list graduan yang bakal dikonvokesyenkan pada DUA PULUH TUJUH SEPTEMBER DUA RIBU SEBELAS . Bakal berada dalam sidang ke-7 disebelah pagi hari. Bakal memakai pakaian lengkap konvo. Bakal membawa family dan insan tersayang bersama-sama merasakan kejayaan bersama. Keinginan membawa seseorang dan kebetulan pada tarikh tersebut adalah hari ulang tahun kelahiran dia.
Baju kurung warna pink akan menjadi pilihan mengikut perancangan awal. Perancangan lain untuk outdoor studio bersama teman-teman dan indoor studio untuk family.
Di sini kQ ingin menjemput semua kenalan untuk bersama-sama hadir ke majlis ini. Semoga bertemu pada tarikh tersebut, insyaAllah dengan izin dari-Nya...

Friday, July 22, 2011

I will make my heart

░`•.¸.(¯`•´¯) ♥ ... ɪ ѡɪʟʟ ɱακє ɱʏ ɧєαʀт

♥░░.`.?•.,(¯`•´¯) ... α ʀєѕɪ∂єηcє ƒσʀ ʏσυʀ ɓєαυтʏ
░♥(¯`•´¯)..░♥
░..`•?.,.•´ ... ɪ ѡɪʟʟ ɱακє ɱʏ cɧєѕт
░♥ ░░░♥ ... α ɢʀαѵє ƒσʀ ʏσυʀ ѕσʀʀσѡѕ
░oO.o° °o
░♥░(¯`:´¯)░ ... ɪ ѡɪʟʟ ʟɪѵє ɪη ʏσυ
░.(¯ `•.|/.•´¯) ... ɪη тɧє ʟɪƒє σƒ α ƒʟσѡєʀ
░(`♥•.(۞).•´¯) ... υη∂єʀ тɧє ѕυη'ѕ ʀαʏѕ
░ (_.•´/|`•._)
░.░░(_.:._) ... ɪ ѡɪʟʟ ѕɪηɢ ʏσυʀ ηαɱє
♥░ .(¯`:´¯) ... αѕ тɧє ѵαʟʟєʏ ѕɪηɢѕ тɧє єcɧσ σƒ тɧє ѡɪη∂
░.(¯ `•.|/.•´¯)
(¯ `•.(۞).•´¯) ... ɪ ѡɪʟʟ ʟɪѕтєη тσ тɧє ʟαηɢυαɢє σƒ ʏσυʀ ѕσυʟ
░'(_.•´/|`•._) ... αѕ тɧє ѕɧσʀє ʟɪѕтєηѕ тσ ѕтσʀʏ σƒ тɧє ѡαѵєѕ
░ ♥ .(_.:._)
░oO.o° °oO

Thursday, July 21, 2011

Tension


THE MOMENT YOU ARE IN TENSION

The Moment you are in TENSION

You will lose your ATTENTION

Then you are in total CONFUSION

And you all feel IRRITATION

This may spoil your personal RELATIONS

Ultimately, you won’t get COOPERATION

And get thing into COMPLICATION

Then you may raise CAUTION

And you have to take MEDICATION

Why not try understanding the SITUATION

And try to think about the SOLUTION

Many problems will be solved by DISCUSSION

Which will work out better in your PROFESSION

Don’t think this is a free SUGGESTION

It is only for your PREVENTION

If you understand my INTENSION

You will never come in TENSION !!!



Wednesday, July 20, 2011

A Lots of Stress






Tuesday, July 19, 2011

Congratulation, bro

Congrat bro, habis juga master yek..dlu ms bt degree kt UM main-main. Kalau tak mesti sekarang boleh habiskan PHD..apa pun tahniah sebab berjaya di negara orang. You are my inspiration.
By the way this is my truly brother but he act like my own brother. Dia nie selalu membakar semangat kQ untuk terus berusaha dalam hidup terutamanya bab menuntut ilmu nie. That's why kQ masih hormat dia sebagai abang walaupun jodohnya tak panjang dengan my elder sister. Tercapai gak hasrat dia nak merantau and futher studies kat oversea. Next is my turn tapi just around Malaysia je. Tak mampu la nak futher sampai oversea.
Doakan kejayaan bersama..
AWARDS CEREMONIES 2011 STAFFORDSHIRE UNIVERSITY
Faculty of Computing, Engineering & Technology
13 July 2011 (Wednesday)
2:30pm
The Trentham Estate

Monday, July 18, 2011

Ranking Universiti 2011

Berikut adalah senarai Top Ranking University Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011 :-
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. Universiti of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
Info : The ranking main factors are size, visibility, research papers and scholars

L 0 v 3

Immature love says : "I love you because I need you"
Matured love says : "I need you because i love you"

Thursday, July 14, 2011

My First Outstation

Bekerja bukanlah sesuatu yang membanggakan jika tidak diberi peluang untuk melakukan perkara-perkara baru. Walaupun kQ still fresh kat Sapphire Base tapi majikan dan staf senior dah mula beri peluang untuk kQ melakukan perkara yang di luar bidang. Sebagai contoh seharian semalam kQ keluar untuk tugas luar bersama Managing Director and Senior Engineer ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan pergi dan balik kami semua melakukan perbincangan. Isu perbincangan adalah berkisar tentang aktiviti SBase, realiti kehidupan dan nasihat. Perjalanan seawal 5:30am (13-07-2011) adalah sangat meletihkan. Walaupun sampai di Shah Alam semula jam 12:30am (14-07-2011), kQ dan Cik Athiah (Senior Engineer) still datang ke pejabat seperti rutin. Mungkin badan letih tetapi pengalaman bersama staf DOSH dan perbincangan sepanjang trip semalam amatlah bermakna dan berguna untuk digunakan pada masa akan datang.
Dan sekarang jam menunjukkan jam 5:15pm, kQ mula mencuri tulang untuk secebis entry. Hanya beberapa jam lagi kQ bakal berangkat pulang ke Penang. Bakal melalui detik-detik sebuah ikatan suci perkahwinan. Perkahwinan seorang sahabat yang ditunggu-tunggu. InsyaAllah, new entry about 'Pengapit' bakal menyusul.

Tuesday, July 12, 2011


"Kalau menurut pun biarlah berminda, kalau membantah pun biarlah beretika. Kuman seberang laut juga yang dicari-cari, gajah depan mata pura-pura pula tak disedari. Yang baik diri digemparsebarkan, yg baik orang dipekaktulikan. Yang buruk diri didiambisukan, yang buruk orang dicanangulangkan."
Sumber : FB Istajib Mokhtar

Monday, July 11, 2011

Rindu kamu

Setiap hari sejak 2 minggu di sini saya kerap menangis. Saya rindu MAMA saya di Penang. Saya rindu KUCING saya di rumah. Saya rindu MASAKAN MAMA yang sedap. Saya rindu PHE9744 warna hitam. Saya rindu juga air SOYA segar di Jalan Telekom. Saya rindu nak main KEMAS bilik and rumah.
D A N
Saya rindu satu insan ini, walaupun kami tiada kesempatan berjumpa dan hanya ber-chat or ber-msg untuk beberapa kali TAPI saya rasa saya mulai rindu dia. Dia mungkin sibuk dengan kerjaya dia. Dia mungkin letih training di gelanggang badminton. Atau dia mulai lupakan saya...
Apapun saya percaya dia

++++++++++++++++++++
Mama, tak sabar nak balik Jumaat ini. Jumaat malam Sabtu akad nikah. Sabtu kenduri. Nanti hari ahad kita dating yek.

Entry sepatah sepantas kilat

Assalamualaikum,
Mohon maaf sebab biarkan blog ini penuh dengan sawang. Sarang labah-labah mula bercorak di sana-sini. Tersangat buzy sehingga tiada kesempatan waktu dan peluang untuk share perkara-perkara menarik akhir2 ini.
InsyaAllah, akan memaksa diri untuk lebih rajin di masa akan datang. Sebenarnya jari-jari tangan nie dah lama tak tekan-tekan keyboard. Bukan jaga jari sebab nak ready pakai inai untuk kenduri minggu ini tapi jari xsempat nak klik pada blog je..
Di sini juga nak ucapkan selamat berjuang kepada calon-calon temuduga hari pertama LHDN. Semoga dipermudahkan urusan kalian. Kalau niat baik, insyaAllah dengan izin dari-Nya akan dipermudahkan dan diberkati. Sama-samalah kita cuba yang terbaik.
Nantikan kemunculan FLORIA PUTRAJAYA 2011 pada entry akan datang.
-salam sayang-

Friday, June 17, 2011

List this week

Terasa agak poyo sebab terlalu buzy this week. Kalah artis nak kawen, kalah atlet nak berlatih. Semuanya gara-gara perkara bertangguh. Banyak ke perkara yang ditangguh selama ini? Mengikut list to do this week, saya perlu bersegera.....
  1. Menepati janji untuk bersihkan bilik arwah tok
  2. Menghantar PHE9744 untuk diservis dan dicomeikan
  3. Memotong kain untuk baju kawen...(ops sekadar baju pengapit aje...)
  4. Menstudieskan diri dengan term-term account sector lain-lain
  5. Menghadiri temuduga di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Batang Kali dan ...
  6. Mendapatkan transkrip dari Bahagian Akademik UKM
  7. Berjumpa my heart di UKM (rumet, tgu tau I dtg...)
  8. Mencari tips-tips untuk menjadi pengapit paling berilmu dan cemerlang
  9. Mencari kekasih hati baru...hehehe
Begitulah beberapa list yang agak poyo yang diingati dan bakal dilaksanakan dengan jayanya. Hopefully takde bertangguh-tangguh lagi sebab masa kian hampir...

Thursday, June 2, 2011

Istikharah dan Istisyarah Bahagian 2

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Itikharah itu punya gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenal sebagai Istisyarah. Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Tamiyyah rahimahullah pernah berkata :-
"Tidak akan menyesal seseorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq serta tetap pendirian dalam keputusannya"
Biar pun ulama berselisihan pendapat tentang mana yang patut dilakukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berasa di dalam ketidakpastian, harus baginya untuk mengulangi solat dan doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanny melalui petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk FITNAH berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan. Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari MIMPI. Berhentilah menunggu PETANDA. Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yag membuat keputusan itu dengan keyakinan hasil Istikharah bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan keberkesamaan Allah. Jika di kemudian hari, pda pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah - Ikhtiar Usaha). Pertimbangkanlah 'seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permususuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul'...berhati-hatilah, ia mungkin mainan syaitan.
"Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah" [Al-Aa'raaf 7:30]

Wednesday, June 1, 2011

Yesung * silent *

MC : From all the place you've visited for SS3, which place do you like the most?

Leeteuk : Philippines
Heechul : Malaysia
Yesung : Indonesia
TeukHee : HUH?!!!
MC : But Yesung-ssi, in the list, there is no Indonesia for Super Show 3.
Yesung : *silent*
source : chonelskyu.tumblr.com

Friday, May 27, 2011

Super Junior M


Peta Himpunan Sejuta Belia


Sunday, May 22, 2011

Mangapa Adam Hawa?

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang lelaki jika dia sakit, maka dia akan membenci sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur agar tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu, Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw, "Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitikkan air mata, itu bererti dia sedang menangis dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...






Friday, May 20, 2011

Pengapit Pengantin (Bridesmaid)

Tips jadi pengapit pengantin

1. Menuntut ilmu – maksudnya di sini adalah mencari sesiapa yang berpengalaman menjadi pengapit pengantin. Tak kiralah diorang pernah jadi pengapit sekali atau pun lebih yang penting tips dari mereka dan kutip pengalaman dari mereka yang mungkin berbeza keadaannya.

2. Baju sedondon – If pengantin sponsor, Alhamdulillah. Ini rezeki namanya, mana tahu pengantin terover baik dengan membayar upah tempahan sekali, kan keraian berganda bagi pengapit. Tapi jika pengantin buat-buat tak tahu je atau just bagitau tema warna yang perlu dipakai oleh pengapit, sila faham sendiri dan pandai-pandailah tempah atau beli yan dah siap kat butik.

3. Tema warna – Pengantin dan pengapit perlu duduk semeja. Bukan untuk rundingan damai tetapi duduk berbincang tentang kehendak pengantin. Ye la pengantinkan raja sehari so pengapit tak boleh la over warna atau melaram secara berlebih-lebihan sehingga tetamu anggapkan pengapit itu pengantin. Selain itu bagi mengelakkan pengapit lelaki dan perempuan memakai warna yang sangat tidak sedondon. Sila bayangkan keadaan majlis jika pengantin memakai warna merah, pengapit perempuan memakai warna pink lembut dan pengapit lelaki memakai warna jingga. Bukankah itu sangat ketara. Yang pentingnya cantik dalam gambar jika pengapit memakai warna sedondon dan kemungkinan besar jurukamera akan mengambil gambar kedua-dua pengapit di atas pelamin. Nice bukan..

4. Kerjasama dalam majlis – Pengapit akan menjadi PA rasmi dalam majlis terutamanya semasa acara akad nikah dan bersanding. Pengantin akan meminta pengapit mengingatkan kepada 2nd pengapit untuk memberikan bunga telur selepas merenjis. Ye la mana ada pengantin yang berikan bunga telur kepada tetamu yang datang menepung tawar pengantin. Pengapit perlu ingat yang pengantin selalunya cuak sehingga lupa perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan dalam adat orang Melayu

5. Make over – Ditujukan khusus kepada pengapit perempuan, sila jangan berlagak majlis itu anda yang punya sebab raja sehari akan murka. Biar mekap natural saja bukan mekap seperti ingin membuat persembahan tarian

6. Lap dengan tisu – Amat penting dan sangat diperlukan semasa upacara merenjis. Pengapit perlu faham yang ramai tetamu akan cuba memberi rest sehingga mencomotkan tangan indah dihiasi inai. Ringankan tulang untuk mencantikkan tangan pengantin di atas pelamin. Selain itu, tisu disediakan untuk majlis air mata dalam akad nikah, bulu mata mungkin secara dramatik terjatuh dan pandai-pandailah kamu nak touch up bagi sentiasa nampak cantik sepanjang majlis

7. Ringan tulang – Pengapit adalah insan yang paling rajin dalam memastikan pengantin terkawal. Mereka akan berkhidmat dengan taat sekali selain mak andam. Mereka akan membetulkan veil yang mungkin senget secara tidak sengaja. Pengapit lelaki memastikan baju pengantin terletak elok. Selalu bertanya kepada pengantin apa yang diperlukan samada pengantin nak air atau nak dikipas secara laju-laju. Rajin sehingga bergerak pantas dari pengantin walaupun kasut pengapit tinggi 5inci sekali pun. Harus rajin senyum pada tetamu, tak payah buat muka comei je depan kamera. Usah malas-malas sehingga abaikan pengantin

8. Pose – Setakat senyum sudah dan jangan lawan tokey posing macam model majalah pengantin. Never overshadow the pengantin. Kamera akan fokus pengantin tetapi pengapit menerima tempiasnya. Pengapit perlu tebalkan muka untuk tidak menunjukkan wajah yang keletihan

9. Makan beradab – Menjadi pelayan sementara semasa makan beradab. Bukan menjadi pengapit kepada pengantin je tetapi keluarga pengantin. Bantu sendukkan nasi dan tuangkan air kepada pengantin sebab tika itu, pengantin akan menjadi paling pemalu dan ON-DIET. Kononnya taknak rosakkan mekap

10. Clown dan pakar motivasi – Keadaan pengantin tegang sebab pressure, so your duty is menghiburkan dan tenangkan pengantin. Ini mungkin perkahwinan terpaksa pilihan keluarga, pepandailah buat lawak atau beri motivasi. Yang penting, dapat kurangkan stress pengantin

11. Topup kredit – Ayah, mak, adik, kakak, abang pengantin akan sbuk kalah PM masa tu dan mereka takde masa nak fikir jam berapa pengantin lelaki nak sampai. Tugas korang adalah sms atau call pengapit pengantin bertanyakan perkara-perkara yang penting berkenaan majlis atau hal-hal yang diutuskan oleh pengantin saja. Ye la, pengantin pun sibuk. Pengantin perempuan dengan mekapnya, pengantin lelaki sibuk menghafal doa-doa yang bakal di soal oleh tok kadi

12. Keserasian – Kebiasaannya pengapit adalah orang yang rapat dengan pengantin. Bukan apa, kalau pengantin dan pengapit tak kenal, mereka bakal berasa janggal dan tak selesa antara satu sama lain. Macam saya, pengantin merupakan kawan sekelas, kawan serumah, kawan sebilik dan kawan sepinggan selain kawan sekerja. Lihat saja kearkaban kami. Jangan pula pengapit merupakan musuh, nanti haru biru majlis jadinya

13. Ucapan – Jangan lupa ucapkan ’Selamat Pengantin Baru’ pada pengantin. Jika ada hadiah lagi baik. Yang kahwin tue bukan orang lain, kawan sendiri, adik beradik atau sepupu korang juga kan..

14. Tebalkan telinga – Bersiap untuk menerima soalan cepu emas dari tetamu yang hadir. Soalan paling berbisa adalah seperti ”Kau bila lagi?” sedangkan pada pengunjung biasa pun akan ditanyakan soalan memedihkan telinga, inikan pula pengapit yang memang confirm akan diajukan soalan itu berulang kali sehingga majlis selesai. So, jalan paling mudah adalh dengan bersedia menerima soalan tersebut dengan jawapan default seperti ”Aku tunggu kau masuk meminang, ada berani?”

In other words, you have to do what ever it takes to make sure the pengantin looks absolutely stunning on their wedding and make sure the majlis runs smoothly with no worries. In order for that to happen, you’re gonna have to have the pengantin’s best interest at heart. Jangan berkira dengan pengantin supaya bakal pengapit kita takkan berkira dengan kita juga sebab satu hari nanti kita juga bakal menjadi pengantin. So, lakukanlah tugas dan amanah dengan ikhlas dan jangan harapkan balasan.

Wednesday, May 18, 2011

Rapuh - OPICK

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu

Bombay Blood - Part 1

Tadi pagi ada bercerita tentang kesihatan dengan mama. Tercetus bab berkenaan isu kumpulan darah. Di sebalik kisah sebenar, rupa-rupanya bukan sekadar 4 jenis kumpulan darah je yang wujud dalam dunia ini. Selama ini yang kQ tahu kumpulan darah ada 4 jenis saja. Cikgu pun terangkan begitu juga iaitu darah jenis A, B, AB dan O. Tak kisah la darah jenis tersebut +ve or -ve. Perkara tercetus bila berdebat tentang darah AB sukar di jumpai berbanding dahulu darah jenis O sukar ditemui. Then, keluarkan usul bahawa darah jenis -ve lagi sukar sebab .....sukar dijumpai. At last, mama share ilmu bahawa yang ada sejenis lagi darah yang sukar dijumpai iaitu darah kumpulan Bombay. Kami tercenggang sebab tak pernah tahu tentang kewujudan kenis darah tersebut. kQ seperti biasa mencari fakta berkenaan 'Bombay Blood' ini. Still mencari lagi info tentang darah ini. Harap dapat share info kesihatan tentang isu darah Bombay dengan semua.


"Golongan Bombay Blood pertama kali ditemui pada tahun 1952 di Bombay, India. Golongan darah jenis ini merupakan golongan darah yang tidak dimiliki ekspresi antigen sistem ABO dipermukaan sel darahnya. Jika diperiksa dengan sistem biasa maka akan muncul golongan darah O namun tidak boleh menerima transfusi dari golongan darah O kerana ia adalah berbeza. Golongan Bombay Blood adalah golongan darah dengan fenotipe hh atau mereka tidak mengekspresikan antigen H/substansi H (atigen yang terbaca sebagai golongan darah O). Kejadian yang jarang-jarang sekali ditemui dan bilangan memiliki substansi H adalah sangat kecil dan dominan berbanding h. Mereka yang memiliki Bombay Blood hanya mampu menerima jenis darah yang sama sahaja. Jika tidak akan berlaku 'aglutinasi' dalam darah (makna aglutinasi tidak dapat diketahui dan akan diberitahu kemudian makna perkataan tersebut pada masa akan datang, maaf...) Kemunculan golongan darah ini adalah 1:250,000 dan ini bermakna bahawa setiap 250,000 orang hanya akan ada seorang saja yang memiliki darah jenis Bombay Blood ini. Jika anda memiliki jenis darah ini sebaiknya segera ke pusat Tabung Darah Negara untuk menyimpan darah tersebut. Mana tahu perkara yang tidak disangka bakal berlaku dikemudian hari. "Sediakan pajung sebelum hujan".

Tuesday, May 17, 2011

Interview Attire

WOMEN'S Interview Attire
  • suit (navy, black or dark grey)
  • the suit skirt should be long enough so you can sit down comfortably
  • coordinated blouse
  • conservative shoes
  • limited jewelry (no dangling earrings or arms full of bracelets)
  • professional hairstyle
  • neutral pantyhose
  • light make-up & perfume

MEN'S Interview Attire

  • suit (solid color-navy or dark grey)
  • long sleeve shirt (white or coordinated with the suit)
  • belt and tie
  • dark socks, conservative leather shoes
  • little or no jewelry
  • neatly trimmed nails
  • neat, professional hairstyle
  • limit the attershare
  • portfolio or briefcase




Monday, May 16, 2011

LIFE is a TEST

LIFE is a TEST ~ If Allah answers your prayers then he is increasing your Faith. If He delays He is increasing your Patience. If He does not answer, He has Something better for you...

Istikharah dan Istisyarah Bahagian 1

"Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di manakah silap saya, ustaz?"
(sepucuk emel di hantar kepada seorang ustaz)


Beristihfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar universiti. Istikharah menjadi trend popular yang tersendiri dan ianya diamalkan bagi 'memaksa' Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang 'pilihan Allah' itu adalah tunang orang, suami orang malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama 'petunjuk Allah', tercetus permusushan sesama anak Adam. Apakah Allah atau syaitan yang memberikan 'petunjuk' penuh mudarat serta zalim itu?




Penyakit besar anak muda ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan teman-teman yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Figh atau belajar mengenai solat itu dan ibadah yang lain melalui para ilmuan dan alim ulama? Keadaan ini menjadi lebih bermasalh apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan yang tidak berdasarkan keterangan Al-Quran dan as-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manupulasi syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam. Mengira huruf tertentu di dalam surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan. Ia mengingatkan kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen :-


"Ada sesetengah orang berpendapat, "Sesudah mengerjakan solat serta doa Istikharah akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu". Justeru ada sesetengah orang berwuduk dan kemudian melakukan solat serta doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk akan datang melalui mimpi), mlah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hkikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas".


Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal solat Istiharah. Itikharah bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh syarak. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istiharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindari pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam :


"Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata :



Daripada Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam Baginda bersabda :


Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu (yakni mengerjakan solat dua rakaat dengan niat Istikharah).


Kemudian hendaklah dia berdoa : Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurnian-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkau Mahalah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini - *harus disebut hajat tersebut atau sekadar cukup meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat tersebut - adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.