BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, May 20, 2011

Pengapit Pengantin (Bridesmaid)

Tips jadi pengapit pengantin

1. Menuntut ilmu – maksudnya di sini adalah mencari sesiapa yang berpengalaman menjadi pengapit pengantin. Tak kiralah diorang pernah jadi pengapit sekali atau pun lebih yang penting tips dari mereka dan kutip pengalaman dari mereka yang mungkin berbeza keadaannya.

2. Baju sedondon – If pengantin sponsor, Alhamdulillah. Ini rezeki namanya, mana tahu pengantin terover baik dengan membayar upah tempahan sekali, kan keraian berganda bagi pengapit. Tapi jika pengantin buat-buat tak tahu je atau just bagitau tema warna yang perlu dipakai oleh pengapit, sila faham sendiri dan pandai-pandailah tempah atau beli yan dah siap kat butik.

3. Tema warna – Pengantin dan pengapit perlu duduk semeja. Bukan untuk rundingan damai tetapi duduk berbincang tentang kehendak pengantin. Ye la pengantinkan raja sehari so pengapit tak boleh la over warna atau melaram secara berlebih-lebihan sehingga tetamu anggapkan pengapit itu pengantin. Selain itu bagi mengelakkan pengapit lelaki dan perempuan memakai warna yang sangat tidak sedondon. Sila bayangkan keadaan majlis jika pengantin memakai warna merah, pengapit perempuan memakai warna pink lembut dan pengapit lelaki memakai warna jingga. Bukankah itu sangat ketara. Yang pentingnya cantik dalam gambar jika pengapit memakai warna sedondon dan kemungkinan besar jurukamera akan mengambil gambar kedua-dua pengapit di atas pelamin. Nice bukan..

4. Kerjasama dalam majlis – Pengapit akan menjadi PA rasmi dalam majlis terutamanya semasa acara akad nikah dan bersanding. Pengantin akan meminta pengapit mengingatkan kepada 2nd pengapit untuk memberikan bunga telur selepas merenjis. Ye la mana ada pengantin yang berikan bunga telur kepada tetamu yang datang menepung tawar pengantin. Pengapit perlu ingat yang pengantin selalunya cuak sehingga lupa perkara-perkara yang akan menjadi kebiasaan dalam adat orang Melayu

5. Make over – Ditujukan khusus kepada pengapit perempuan, sila jangan berlagak majlis itu anda yang punya sebab raja sehari akan murka. Biar mekap natural saja bukan mekap seperti ingin membuat persembahan tarian

6. Lap dengan tisu – Amat penting dan sangat diperlukan semasa upacara merenjis. Pengapit perlu faham yang ramai tetamu akan cuba memberi rest sehingga mencomotkan tangan indah dihiasi inai. Ringankan tulang untuk mencantikkan tangan pengantin di atas pelamin. Selain itu, tisu disediakan untuk majlis air mata dalam akad nikah, bulu mata mungkin secara dramatik terjatuh dan pandai-pandailah kamu nak touch up bagi sentiasa nampak cantik sepanjang majlis

7. Ringan tulang – Pengapit adalah insan yang paling rajin dalam memastikan pengantin terkawal. Mereka akan berkhidmat dengan taat sekali selain mak andam. Mereka akan membetulkan veil yang mungkin senget secara tidak sengaja. Pengapit lelaki memastikan baju pengantin terletak elok. Selalu bertanya kepada pengantin apa yang diperlukan samada pengantin nak air atau nak dikipas secara laju-laju. Rajin sehingga bergerak pantas dari pengantin walaupun kasut pengapit tinggi 5inci sekali pun. Harus rajin senyum pada tetamu, tak payah buat muka comei je depan kamera. Usah malas-malas sehingga abaikan pengantin

8. Pose – Setakat senyum sudah dan jangan lawan tokey posing macam model majalah pengantin. Never overshadow the pengantin. Kamera akan fokus pengantin tetapi pengapit menerima tempiasnya. Pengapit perlu tebalkan muka untuk tidak menunjukkan wajah yang keletihan

9. Makan beradab – Menjadi pelayan sementara semasa makan beradab. Bukan menjadi pengapit kepada pengantin je tetapi keluarga pengantin. Bantu sendukkan nasi dan tuangkan air kepada pengantin sebab tika itu, pengantin akan menjadi paling pemalu dan ON-DIET. Kononnya taknak rosakkan mekap

10. Clown dan pakar motivasi – Keadaan pengantin tegang sebab pressure, so your duty is menghiburkan dan tenangkan pengantin. Ini mungkin perkahwinan terpaksa pilihan keluarga, pepandailah buat lawak atau beri motivasi. Yang penting, dapat kurangkan stress pengantin

11. Topup kredit – Ayah, mak, adik, kakak, abang pengantin akan sbuk kalah PM masa tu dan mereka takde masa nak fikir jam berapa pengantin lelaki nak sampai. Tugas korang adalah sms atau call pengapit pengantin bertanyakan perkara-perkara yang penting berkenaan majlis atau hal-hal yang diutuskan oleh pengantin saja. Ye la, pengantin pun sibuk. Pengantin perempuan dengan mekapnya, pengantin lelaki sibuk menghafal doa-doa yang bakal di soal oleh tok kadi

12. Keserasian – Kebiasaannya pengapit adalah orang yang rapat dengan pengantin. Bukan apa, kalau pengantin dan pengapit tak kenal, mereka bakal berasa janggal dan tak selesa antara satu sama lain. Macam saya, pengantin merupakan kawan sekelas, kawan serumah, kawan sebilik dan kawan sepinggan selain kawan sekerja. Lihat saja kearkaban kami. Jangan pula pengapit merupakan musuh, nanti haru biru majlis jadinya

13. Ucapan – Jangan lupa ucapkan ’Selamat Pengantin Baru’ pada pengantin. Jika ada hadiah lagi baik. Yang kahwin tue bukan orang lain, kawan sendiri, adik beradik atau sepupu korang juga kan..

14. Tebalkan telinga – Bersiap untuk menerima soalan cepu emas dari tetamu yang hadir. Soalan paling berbisa adalah seperti ”Kau bila lagi?” sedangkan pada pengunjung biasa pun akan ditanyakan soalan memedihkan telinga, inikan pula pengapit yang memang confirm akan diajukan soalan itu berulang kali sehingga majlis selesai. So, jalan paling mudah adalh dengan bersedia menerima soalan tersebut dengan jawapan default seperti ”Aku tunggu kau masuk meminang, ada berani?”

In other words, you have to do what ever it takes to make sure the pengantin looks absolutely stunning on their wedding and make sure the majlis runs smoothly with no worries. In order for that to happen, you’re gonna have to have the pengantin’s best interest at heart. Jangan berkira dengan pengantin supaya bakal pengapit kita takkan berkira dengan kita juga sebab satu hari nanti kita juga bakal menjadi pengantin. So, lakukanlah tugas dan amanah dengan ikhlas dan jangan harapkan balasan.

0 comments: