BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Wednesday, May 18, 2011

Bombay Blood - Part 1

Tadi pagi ada bercerita tentang kesihatan dengan mama. Tercetus bab berkenaan isu kumpulan darah. Di sebalik kisah sebenar, rupa-rupanya bukan sekadar 4 jenis kumpulan darah je yang wujud dalam dunia ini. Selama ini yang kQ tahu kumpulan darah ada 4 jenis saja. Cikgu pun terangkan begitu juga iaitu darah jenis A, B, AB dan O. Tak kisah la darah jenis tersebut +ve or -ve. Perkara tercetus bila berdebat tentang darah AB sukar di jumpai berbanding dahulu darah jenis O sukar ditemui. Then, keluarkan usul bahawa darah jenis -ve lagi sukar sebab .....sukar dijumpai. At last, mama share ilmu bahawa yang ada sejenis lagi darah yang sukar dijumpai iaitu darah kumpulan Bombay. Kami tercenggang sebab tak pernah tahu tentang kewujudan kenis darah tersebut. kQ seperti biasa mencari fakta berkenaan 'Bombay Blood' ini. Still mencari lagi info tentang darah ini. Harap dapat share info kesihatan tentang isu darah Bombay dengan semua.


"Golongan Bombay Blood pertama kali ditemui pada tahun 1952 di Bombay, India. Golongan darah jenis ini merupakan golongan darah yang tidak dimiliki ekspresi antigen sistem ABO dipermukaan sel darahnya. Jika diperiksa dengan sistem biasa maka akan muncul golongan darah O namun tidak boleh menerima transfusi dari golongan darah O kerana ia adalah berbeza. Golongan Bombay Blood adalah golongan darah dengan fenotipe hh atau mereka tidak mengekspresikan antigen H/substansi H (atigen yang terbaca sebagai golongan darah O). Kejadian yang jarang-jarang sekali ditemui dan bilangan memiliki substansi H adalah sangat kecil dan dominan berbanding h. Mereka yang memiliki Bombay Blood hanya mampu menerima jenis darah yang sama sahaja. Jika tidak akan berlaku 'aglutinasi' dalam darah (makna aglutinasi tidak dapat diketahui dan akan diberitahu kemudian makna perkataan tersebut pada masa akan datang, maaf...) Kemunculan golongan darah ini adalah 1:250,000 dan ini bermakna bahawa setiap 250,000 orang hanya akan ada seorang saja yang memiliki darah jenis Bombay Blood ini. Jika anda memiliki jenis darah ini sebaiknya segera ke pusat Tabung Darah Negara untuk menyimpan darah tersebut. Mana tahu perkara yang tidak disangka bakal berlaku dikemudian hari. "Sediakan pajung sebelum hujan".

0 comments: