"Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di manakah silap saya, ustaz?"
(sepucuk emel di hantar kepada seorang ustaz)
(sepucuk emel di hantar kepada seorang ustaz)
Beristihfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar universiti. Istikharah menjadi trend popular yang tersendiri dan ianya diamalkan bagi 'memaksa' Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang 'pilihan Allah' itu adalah tunang orang, suami orang malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama 'petunjuk Allah', tercetus permusushan sesama anak Adam. Apakah Allah atau syaitan yang memberikan 'petunjuk' penuh mudarat serta zalim itu?
Penyakit besar anak muda ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan teman-teman yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Figh atau belajar mengenai solat itu dan ibadah yang lain melalui para ilmuan dan alim ulama? Keadaan ini menjadi lebih bermasalh apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan yang tidak berdasarkan keterangan Al-Quran dan as-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manupulasi syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam. Mengira huruf tertentu di dalam surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan. Ia mengingatkan kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen :-
"Ada sesetengah orang berpendapat, "Sesudah mengerjakan solat serta doa Istikharah akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu". Justeru ada sesetengah orang berwuduk dan kemudian melakukan solat serta doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk akan datang melalui mimpi), mlah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hkikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas".
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal solat Istiharah. Itikharah bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh syarak. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istiharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindari pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam :"Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata :
Daripada Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam Baginda bersabda :
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu (yakni mengerjakan solat dua rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa : Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurnian-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkau Mahalah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini - *harus disebut hajat tersebut atau sekadar cukup meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat tersebut - adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
0 comments:
Post a Comment