BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Wednesday, May 4, 2011

Beza LELAKI dan Perempuan

  1. Perempuan menarik nafas lebih kerap daripada lelaki manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita
  2. Sistem badan lelaki dan perempuan pun tidak sama. Lelaki banyak memerlukan oksigen berbanding perempuan supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga
  3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus
  4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya
  5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding perempuan. Tulang perempuan bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan perempuan diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak
  6. Demikian juga pada segi psikologi, perempuan secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang serta hubungan perasaan
  7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala perempuan menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek manakala pengamatan perempuan ibarat lampu suluh yang membuka, menampakkan banyak benda
  8. Perempuan mahu mengambil tahu semua perkara daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama
  9. Cuba perhatikan perempuan, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Lihat saja pada beg tangan mereka lebih besar daripada lelaki. lalaki membawa beg kecil saja yang di dalamnya hanya ada lesen memandu, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan perempuan semuanya ada, dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, ubat sakit kepala, gambar keluarga, ehem...ehem... dan macam benda lagi
  10. Kenapa sedemikian dilakukan perempuan? Jawabnya kerana perempuan memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka apabila sesuatu perkara terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan perempuan lebih lebar
  11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli, lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan rumahtangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua-duanya bekerja terpaksa keluar dari rumah seawal pagi. Dalam banyak hal, perempuan bekerja paling kerap bersunggut. Suami keluar rumah dengan mengambil kunci kereta dan terus masuk ke dalam kereta untuk memanaskan enjin sementara menunggu isteri keluar manakala isteri sebelum keluar sudah memikirkan banyak perkara seperti baju sudah diampaian, siapkan anak-anak, sediakan bekalan anak dan sebagainya. Jika semua benda perlu dilakukan olehnya apabila sesuatu perkara berlaku pada isteri maka bagaimanalah kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semua sudah dibereskan. Apabila suami isteri ke kompleks membeli belah, isteri akan melihat satu persatu barangan yang perlu dibelinya dan suami akan menjadi pengikut setia yang mudah bosan. Dengan contoh-contoh di atas di harap agar suami isteri kurangkan pergaduhan sesama sendiri atas sebab perkara yang kecil. Akuilah perbezaan kita, perbezaan yang bukan mencetuskan pemusuhan sebaliknya menambahkan kasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih lagi berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dan perempauan, maka timbullah krisis rumahtangga berpuluh tahun. Tentulah merugikan kita kerana perbezaan yang ada antara kita itu membuahkan kasih dan sayang.

0 comments: