BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, October 29, 2010

Cinta Hanya Sandaran - Siti Nordiana

Bagaikan cahaya lilin
Menerangi tiap malam
Takkan berubah arah
Tetap setia menanti
Walau akhirnya membakar diri
Mentari terbit pagi
Diiringi hujan gerimis
Senyum diukir
Hanya lindung
Luka di hati
Cinta disemi tak berhaluan
Ku pertaruhkan hati
Pada cinta tak keruan
Mungkin cintaku ini sekadar
Hanya sandaran
Ku sangka redup kasihku
Tiap waktu
Namun dibakar dustamu
Ku sangka salju rinduku
Tiap waktu
Namun apa daya
Terhempas jua
Ku semadikan rinduku padamu
Pergilah oh kekasih
Pergilah oh sayangku
Mungkin telah ditentukan Tuhan
Antara kita tidak tertulis
Untuk bersama...

Thursday, October 28, 2010

Percukaian Lanjutan

Okey, entry kali ini agak lewat dari kebiasaan akibat dari sikap pemalas tuan punya entry. Dalam kemalasan yang menrantai jiwa nie sempat lagi melakukan kerja2 lain yang lebih berfaedah untuk kecantikan dan kesihatan diri. Berhubung perkara di atas (tajuk entry), dgn ini saya melafazkan rasa bersyukur yang tak terhingga kerana telah berjaya melalui 3 paper dalam minggu ini dengan lancar sekali, Alhamdulillah. Kelas advanced tax nie sangat menarik sebab pensyarahnya yang comei..(asyik cakap kuliah yang menarik dan pensyarah yang comei pada semua entry, adakah ini semua benar atau sekadar tugas membodek utk menagih markah simpati? mungkin YA mungkin TIDAK..sila bulatkan jawapan yang betoi megikut selera perut masing2..sekian..). Pada saya semua kuliah sem nie agak menarik dan berbangga sekali mendapat kesemua pensyarah yang comel lagi baik. Ini belum masuk lecture bahasa Korea, mau sasau bila bercerita. Tentang lctr korea, biar next entry yek.
Semester ini adalah giliran pembentangan case bagi subjek adv tax. Pembentangan secara berkumpulan mengikut tajuk yang diberikan lctr. Tajuk case saya adalah "Exxon Chemical Sdn Bhd Vs KPHDN". So everyweek kami akan meminjamkan telinga kami kepada kumpulan2 yang akan membentang kes pada setiap minggu. Nice kan kami semua. Semua kumpulan menunjukkan yang terbaik sebab besar markah yang diperuntukkan walaupun xpayah diiktiraf dalam penyata kewangan (mulalah merepek buat bdk2 bkn accounting binggung seketika..). Untuk final paper plak kena jawab 5 soalan dalam masa 2jam30min. 1 soalan 30 minit dah lebih pada cukup sebab dalam masa 1jam 45minit sudah berkira-kira untuk keluar. Tepat 2jam nekadkan diri keluar bersama-sama pelajar yang bik paper 2jam memandangkan dah letih menulis jawapan yang panjang dan akhirnya menyebabkan tangan kebas sebab menulis non stop. Mana taknya, buka paper terus melakarkan draf jawapan pd kertas soalan. Risau benar klu terlupa seksyen or nama kes atau terlupa amaun pelepasan diri dalam Bajet 2010. Sadly, saya GAGAL dengan BERANI tak dapat menjawab soalan terakhir berkenaan GST (Good Service Tax). Bukanlah tak menjawab langsung tapi saya xdapat fikir tentang KEBAIKAN GST sebab alasan penangguhan GST terlalu banyak saya tulis, akibatnya kesan -ve telah menyerap masu sehingga +ve hilang..huhu. Tak heranlah GST masih belum ada kata putus sehingga hujung tahun 2010.
Keseluruhannya, saya sangat gembira menjawab paper ini dan seterusnya menyimpulkan di sini "Saya akan meneruskan Master in Taxation if result untuk Advanced Tax saya -A-". Nanti boleh minta tolong lecture tandatangan sokongan bagi bahagian akademik memandangkan dapat A juga dalam paper taxation yang lain.

Mungkin itu dikatakan rezeki dari Allah swt..
InsyaAllah dengan izin dari-Nya...

Wednesday, October 27, 2010

Mata Lelaki Itu


Malam pasangannya siang
Jaga pasangannya tidur
Rajin pasangannya malas
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia da hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisiskan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua rang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirkan berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walaupun sedikit, maka akan dilihat oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

"Walaupun muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu, kenapa?"

Mata lelaki ini nakal setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepadanya kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhnkan kain atau memakai stokin yang berwarna. Jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula engakau melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecuali jika kamu wajai lelaki ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu jenis penyakit iaitu mata lelaki itu akan tertanggap spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk si suami. Itulah wahai muslinah, jika ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. Jangan keluar seorang, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu oleh gangguan luar. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Ingat-ingatlah wahai muslimin muslimat,
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...

(sumber :- iluvislam.com)

Entry ini wujud setelah menerima teguran oleh seorang teman tentang cara pemakaian penulis. Terpukul dengan kata-katanya sehingga bermuhasabah seketika. Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk terus membina kebaikan di dunia dan di akhirat jua...

Tuesday, October 26, 2010

Isu Terpilih dalam Perakaunan dan Pelaporan Kewangan II

Bila berjanji seHARUSnya ditepati. Semalam kQ kan dah janji nak bercerita tentang my next final paper. Pagi tadi dalam cuaca yang sangat sejuk memaksakan diri untuk mandi dan bersiap-siap ke medan peperangan. Sejuknya air bak berada di Cameron. Ah, rindu Cameron plak tertiba. Bila boleh holiday sana lagi yek? Menjawab dalam keadaan yang takot kerna merasakan tidak cukup kelengkapan perang untuk pagi nie. Rasa pedang tak ckup tajam untuk memancung soalan. Semalam memang tak dapat study, kesihatan yang semakin kurang memuaskan. Alhamdulillah, berbekalkan doa dari insan2 kesayangan, perjalanan exam berjalan lancar. Semalam berfikir macam-macam. Berfikir tentang "jika itu" dan "andai ini". Ada 4 soalan yang perlu dijawab dalam masa 3jam. Masa yang sangat singkat itu kQ gunakan sebaik-baiknya. Mungkin itu paper accounting terakhir kQ. Sapa tahu lepas nie kQ terjun dalam bidang lain. Misalannya bidang taxation or HR. Soalan berkisah tentang Penilaian Saham dan perniagaan, Perakaunan Harta Pusaka dan Amanah, Perkongsian serta Perakaunan Cawangan. Soalan yang paling best jawab adalah harta pusaka dan amanah, manakala soalan yang paling blur nak jawab adalah penilaian saham perniagaan. Apapun lepas dari paper tadi terus menyerahkan laporan kumpulan yang terHUTANG sejak minggu lepas. Nasib Pn Hamezah baik orangnya. Memang sesuai jiwanya menjadi pendidik. Pensyarah kecik molek sangat bersungguh bila mengajar kami walaupun kami hanya 4 orang. Oleh sebab bilangan kami yang paling sedikit, kadang2 dipandang HINA oleh beberapa pihak. Sebagai contoh, mereka menganggapkan kami pelajar repeat or extand. Padahal inilah kali pertama kQ menguruskan akaun wasi, pertama kali mengakaunkan akaun cawangan dan ibu pejabat. Biarlah dengan kata2 kurang baik sebab xde luak pun ilmu kami bila kamu berkata begitu. Selain itu, kadang2 rasa lucu bila da yang sangkakan pensyarah kami adalah rakan sekelas kami. Pensyarah yang kecik molek sedang mengajar kami di depan dan pelajar lain slumber masuk dalam kelas kerana sangkakan yang kami hanya buat study group..hahaha.. =)
Okeylah, minta diri dlu sebab perlu fokus pada next paper... Advanced Taxation, here I come...

Monday, October 25, 2010

Teori dan Amalan Perakaunan

Hati pasti melahirkan kerinduan kepada kecomelan dalam ketegasan pensyarah ku ini ketika mendidik kami tentang Rancangan Penyatuan Penuh 2012. Topik nie adalah hot topik sejak minggu pertama kuliah. Mulanya kedengaran agak janggal sehingga tak terasa untuk mencari addition info ttg penyatuan IFRS 2012 tue. Tapi bila kQ diberi tugasan untuk penulisan, baru mula rasa terkial-kial mencari perahu untuk mendayung ke tengah tasik demi selautan markah untuk penulisan individu tue. Nasibku agar baik kerana terpilih dan tercalon dalam menjawab soalan yang paling HOT dan kiranya pada ketika itu aku paling blurr tentang topik itu. Setelah berhempas pulas meng-GoogleDotCom dan meng-YahooDotCom, barulah aku sedar tentang kesensitifan yang cuba pensyarah comel ini ceritakan. Patutlah muka para-para Akauntan tahun ini berkerut sejuta satu kedutan..(AWAS, nanti muka nampak cepat tua sebelum usia..) Tuah kucing nampak dimisai, tuah manusia kenalah tanya Hang Tuah..hahaha..Tajuk penulisan individu sebijik-sebijik masuk dalam soalan finalExam tadi. Mestilah aku berbangga sebab aku ada share jwpn yg tak seberapa tue pada classmate dan pensyarah pun xde komen banyak tentang jawapan aku berbanding classmate aku yang lain. Hope jawapan 20 markah tue dapat membantu aku skor paper ini. Selain itu, aku paling suka dan yakin serta selesa dengan soalan isu Corporate Social Reporting. Ini hasil kerajinan terlebih aku dengan membuat 2 penulisan individu. Pensyarah ada bertanya,"Kenapa hantar 2 tajuk?" dan aku menjawab, "Saja sebab ada masa terluang dan berminat dengan tajuk itu." Lagipun tajuk tue xde orang ambik, so aku sengaja la buat sebab nak back-up penulisan individu tajuk aku yang mungkin terlompang itu. Alhamdulillah...kerajinan itu tidak sia-sia sebab akhirnya soalan itu juga membantu aku di saat akhir.
Sekilas kenangan minggu pengkuliahan :-
Selalu hari Isnin petang selalu stress bila ingat banyak info yang perlu dicari sebelum kelas teori esok. Bekalan perlu cukup supaya tidak banyak disoal. kQ paling suka bila ada soalan Kembara Minda utk kuliah tue sbb boleh terus fokus in the right track what I have to google. Kadang-kadang rasa letih sebab banyak membaca tapi itu semua berbaloi bila dapat melihat pensyarah tersenyum bila keluar kelas selepas mendengar info yang diberikan oleh classmate. Walaupun kuantiti kami sedikit tapi x bermakna kami keluarkan info yang sedikit, just kerkilan sebab banyak ilmu yang tak dapat di share dgn classmate sbb kuantiti kami sedikit. Bayangkanlah 6 orang dalam satu kelas. Umpama pelajar Master in Taxation je. Asyik lawan tengok muka sesama sendiri tapi paling suka bila gelagat slang english US and english UK..(ahh, rindunya pada Dr Azlina Ahmad)..
Pembentangan ED72 FRS for SMEs sangat meletihkan. Report yang dibuat dan dihantar saat akhir. Pembentanga dalam bahasa asing. Slide banyak kali kena betulkan sebab bila bawa je tunjuk pensyarah nak suruh betulkan. Tapi biar betulkan slide sejak awal daripada salah bentang pada penghujungnya, lagi rasa sakit.
Pertempuran sengit di medan ilmu tadi. Sedaya upaya walaupun tangan kebas menulis teori yang harus di teorikan dalam amalan perakaunan. Soalan straight to the point, xde kias-kias, xde puitis. TAPI bila da yg jual pantun, kenalah kita beli pantun tue. Tadi memang daebak la sebab....saya keluar ikot aturan masa. Sebelum mula, memang rasa macam nak keluar awal. Maybe nak jawab 2 jam soalan teori tapi sebab budak keJut hensem kat sebelah, terus xjadi nak keluar awal. Kalau boleh nak berjuang bersama-sama dengan budak keJut yang hensem lagi tampan tersebut..(dah mula merepek dengan benda yang xde kaitan..)
Kalau boleh nak cerita panjang lagi. Kalau boleh nak cerita cara kitorg belajar teori. Kalau boleh nak share jawapan yang dihantar. Kalau boleh nak share everything tentang subjek best nie dgn semua accounting student. Just tak boleh nak bagitau berapa kQ skor untuk subjek ini...baiklah HARUS keluar sekarang untuk ulangkaji my nextpaper..esok lepas exam paper tue saya share lagi yek..

Saturday, October 23, 2010

Salam Imtihan - Jom pulun 4flat

Jadual Final Exam
25 Oct 2010
8.30am
Teori dan Amalan Perakaunan
26 Oct 2010
8.30am
Isu Terpilih dalam Perakaunan dan Pelaporan Kewangan (Advanced Account II)
28 Oct 2010
12.00pm
Percukaian Lanjutan
2 Nov 2010
8.30am
Bahasa Korea Asas I
11 Nov 2010
12.00pm
Perakaunan Khusus
"Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan peperiksaan kami Ya Allah. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selamanya."

Friday, October 22, 2010

Ku Takkan Berpaling - Akhil Hayy

Ku takkan berpaling dari agama-Mu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrahkan dan bersujud
Hanya kau yang satu tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah
Tuhan..berikanlah hidayahmu
Oh Tuhan..
Ku bersyukur atas rahmat-Mu
Oh Tuhan Limpahkan kurnia-Mu
Kuatkanlah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkan hatiku
Ampunilah dosaku
Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Maha Tahu...

Amin
Ya Rabbal Alamin

Kenangan terindah

Rindu dengan apa yang berlaku semalam. Why? What happen yesterday? Bunyinya macam bahagia sekali, memang bahagia pun. Dalam saat-saat akhir sebelum bermula peperangan, masih sempat mengukir kenangan. Kenangan itu terukir dalam hati tau, tak boleh nak beli kat mana-mana kedai. Mungkin hari semalam merupakan hari yang baik selepas mengharap bintang jatuh ke tapak tangan. Bila mengharapkan tarikh 20-10-2010 menjadi tarikh keramat dan begitu kecewa sekali seperti tarikh kegemaran sejak sekolah rendah 10-10-10 yang kini menjadi sejarah. (apakah yang sedang direpekkan sehingga menjadi kerepek?) Mungkin bagi sesetengah orang (yang sebenarnya MAJORITI) merasakan apa yang jadi semalam adalah perkara remeh seperti membuat sambal tumis, mahupun perkara itu perkara biasa yang dianggap takkan jadi luar biasa, tapi bagi kQ memang semlam hari yang boleh dibawa sampai ke dalam mimpi. Janjinya dikota dan tepat pada masanya.

1) the Other Guys

2) Baju melayu warna kelabu

3) Pakaian warna sedondon walaupun tak janji

4) Kaku bila 1st time drive HONDA wpun mama punya HONDA ACCORD

Mesti kamu semua kurang fahamkan. Memang takde niat nak share pun dalam entry kali ini TAPI mungkin entry lain kali jika saya berJODOHan dengan individu tersebut, tapi MUNGKIN dan ini bukan JANJI. Kamu semua doakanlah yang terbaik sebab saya harap ini pilihan terbaik saya untuk kehidupan masa akan datang. Mesti lagi tak fahamkan? Takpe la, xpayah faham sebab hati saya pun tak berapa nak faham dan agak sulit untuk diceritakan sekarang.

Thursday, October 21, 2010

♥ Blackberry Torch 9800 ♥

Product Summary
Torch 9800
for
  • smooth touchscreen control
  • great camera with scene selectors
  • slide-out keyboard is a good compromise
  • bright and crisp 3.2-inch screen
  • good enterprise asset-tracking options
Why I love this Torch 9800?
  1. Universal search - looking for something? Scan my Super Junior folder, internet, email and and more all in one search.
  2. BlackBerry messenger - with a chat-style layout and unlimited characters and get ready for a real-time conversation experience with Super Junior.
  3. Long-lasting battery - whether I'm just chatting or getting down to business the BlackBerry Touch 9800 keeps me going to Super Junior.
  4. Fully loaded - GPS, Wi-fi, 3G and 8GB of memory, it's all the functionality make me happy with Super Junior.
  5. Visual, fluid interface - give me a more integrated and dynamic experience with the freedom to explore Super Junior.
  6. Enhanced browsing - browser Super Junior is completely revamped with pinching and zooming, tabs that let me swap between web pages and more.
  7. Engaging multimedia - has completely overhauled the multimedia experience and with 8GB of memory, there's a lots of room for me to inspires Super Junior.
  8. Social feeds - feed my Super Junior ELFs social side and bring my sources of inspiration together with exciting new social feeds. See it all in one view 1 Malaysia.
  9. 5MP camera - with flash, image stabilization and new photo modes, its easy to capture those spontaneous moments in Super Junior Concert live in Kuala Lumpur.
  10. All-in-one design - choose the high-resolution touch screen, opt for the legendary, slide-out QWERTY keyboard or aim for precision with the optical trackpad.
~Just wish my dream come true to have this gadget~

HeartBroken?

Feeling heartbroken? But still have a lot of love for your ex-bf? What's the key to a guy's heart? How to get back your wonderful relationship? Magic amulets? Pure prayers? Encik Bomoh? By force or threat? Being a humble girl?

Wednesday, October 20, 2010

♥ Tarikh TERBAIK ~ 20-10-2010 ♥

Tuesday, October 19, 2010

Anda ANEMIA? - special edition part

Entry ini tiada kaitan dengan entry Anda ANEMIA? (info sihat) part-part terdahulu. Hanya nak lariskan jualan entry di blogger. Mana tau ada untung boleh masuk dalam perolehan pendapatan Penyata Komprehensif. Sebenarnya dalam entry pemilik nak bercerita yang mulai hari ini iaitu selama 3 hari TERPAKSA dan PASRAH untuk berpuasa memandangkan ada medical cheak-up this thursday (yang sepatutnya Rabu tapi pemilik entry kan pesakit kesayangan yang boleh sesuka hati ubah tarikh appoitment, nmpk bukan sungguh bersifat tak ambil endah..) Berbalik kepada tajuk entry yang kurang berkaitan, penyebab pemilik entry berpuasa adalah kerana untuk dapatkan keputusan yang positif. Semoga tenang menerima keputusan kesihatan..(poyo la mcm sakit kronik saja..) tapi sapa tahu kan, sedangkan sapa-sapa yang dapat merasakan beberapa hari kematian pun dinasihatkan berpuasa supaya mudahkan orang yang menguruskan jenazah kita nanti. Ehh, janganlah gentar bila baca entry ini sebab pemilik belum mempunyai tanda-tanda untuk melangkah ke dunia lain lagi. Just peringatan untuk diri sendiri tentang saat kematian yang telah di bajetkan pada diri masing-masing. Just tak pasti bila saja. Tengoklah, pemilik sebenarnya takde niat nak tulis panjang dalam keadaan sibuk ini tapi entry ini tetap panjang. Maafkan saya.

Thank PK sbb ingatkan saya tentang my next medikal cheak-up. Hope keputusan yg neutral diterima...
Mari berdoa...

Monday, October 18, 2010

http://www.nestle.com.my/Nestle+In+Your+Life/Our+Brands/Milk/Adult+Milk/uncover_the_truth_about_bones?src=nuffnang_ron_300x250

Jenaka PGL

Sunday, October 17, 2010

9 sebab

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

  1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya.
  2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
  4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
  5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
  6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
  8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
Wahai sahabat yang KECEWA, menderita dan sengsara kerana CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita tidak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. PERCAYAlah sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya.

~ALLAH knows the BEST~

Getar Hati (OST Lagenda Budak Setan)

Saat pertama aku mengenal dirimu
Bergetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu aku lemah
Kau berikan ku cahaya
Terangi gelap hidupku
Ku luluh padamu

Dengar hatiku
Kan ku bisikan cintaku (cintaku)
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setia ku
Ingat diriku kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu kan ku berikan hidup

Saturday, October 16, 2010

Kamu kawan?

Selalu kita dengar, "Berkawan biar seribu, Berkasih biar satu". Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa hebat dan berharganya memiliki kawan sejati. Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang. Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat sejati, pastikan diri kita sendiri bersiap sedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita. mari renungkan bersama, sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik....

~memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu
~utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri
~memberikan bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta
~menyembunyikan segala rahsia sahabat
~memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah
~tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya
~memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya
~melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat
~tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu
~memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah
~sentiasa mendoakannya
~merasa gembira dengan kegimbiraannya dan bersedih dengan kesusahannya
~tidak berburuk sangka terhadap sahabat
~tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia tertekan
~berterima kasih atas kebaikannya

Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik. Rasulullah SAW bersabda :-

Tidak sempurna iman kalian sehingga engkau saling berkasih sayang. Para sahabat berkata : Kami sudah saling kasih sayang. Nabi bersabda : "Bahwa sayang yang dimaksudkan di sini bukan saja sayang sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkup terbatas tetapi sayang (yang dimaksudkan) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. (HR. Ath-Thabrani).

Kerananya Rasulullah SAW mendidik manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang kepada semua yang melata di muka bumi. Beliau bersabda : Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit (yakni para Malaikat)








Friday, October 15, 2010

Hug - DBSK

(Jaejoong)
I want to be your bed in your room for just a day
I want to make you go to sleep, comfortably, warmly in my arms
(Yoochun)
For you, I'd win over all your problems and all your busy errands
Even the monster in your dream
(Jaejoong)
I wonder how a day without me passes by for you
I'm so curious to how much you really love me
(Junsu)
I want to be your diary in your little drawer
I want to put all your secrets in my heart
Without you knowing
(Changmin)
I want to be your kitty for just a day
You feed it warm milk and softly embrace it
(Yunho)
Seeing your playfulness with the cat and your cute kisses to it
I guess I even felt a little jealous
(Yoochun)
My heart is like this...
(Junsu)
You're the only person who can see it
(Yoochun)
No matter who I see, or where I am
(Junsu)
I only look at you
(Changmi)
I want to be your close lover just for a day
I'd be able to listen to your accomplishments and even your complaints
(Junsu)
Just for you
(Changmin)
In my heart, in my soul
Love is still something thats awkward to me but
(Jaejoong)
I want to you give you everything in this world
Even if it would only be in my dreams
(Changmin)
My heart is like this
Just the fact that I can watch over you
(Junsu)
Makes me so graceful
I'm so happy
Even if I lack a lot
(Jaejoong)
I want to be your lover forever
When you are in my arms
I want to become stone
So we can stay this way forever

******************************
Haruman nibangui chimdaega dwaegoshipo
Do dasuhi pogunhi nae pume gamssa ango jaeugo shipo
Aju jagun dwichogimdo noui joguman sogsagime
Nan ggunsogui gwemurdo I gyonae borir thende
Naega obnun noui haru addohge hulloganun gonji
Narur ormana saranghanunji nan nomuna gunggumhande
Noui jagun sorab sogui irgijangi dwego shipo
Ar su obnun noui gubinirdo
Nae mamsoge damadullae no mollae
Haruman noui goyangiga dwegoshipo
Niga junun mainun uyowa buduroun nipumaneso
Umjiginun jangnanedo noui gweyoun ibmachume
Nado mollae jirthurur nuggigo issona bwa
Nae maumi iron goya
Nobaggen bor su obnun goji
Nugurur bwado odi issodo
Nan noman barabojanha
Dan haruman aju chinhan noui aeini dwego shipo
Noui jasangdo ddaeron thujongdo da durur su issur thende
Nor wihae
In my heart in my soul nayege sarangiran
Ajig osaeghajiman uh uh babe
Isesang modun gor noyege jugoshipo ggumesorado
Nae maumi iron goya jugyo bor suman issodo
Nomu gamsahae manhi haengboghae na jogumun bujoghaedo
Onjeggaji noui gyothe yoniuro igo shipo
Norur nae pume gadug anun chae gudoboryossomyon shipo
Yongwonhi

Saturday, October 9, 2010

Charity Raya Event Plaza Korea

Program : Charity Raya Event
Tarikh : 9 October 2010
Masa : 2.30pm-5.30pm
Tempat : Plaza Korea, Menara Hap Seng, KL
Anjuran :MySJ
Aktiviti :-
1) Dance performance
2) Lucky draw
3) Speech by Manager of Titian Kasih
4) Gifts to orphans
5) Speech by KTO
6) Lunch (Raya celebration)

Ttal - my daughter with teukie. Dia badmood sbb merajuk dgn baba dia yg tgal dia pergi holiday dgn SuJu.
Ini bukan skandal tau. I sebenarnya kesian sbb I tak sambut tangan dia masa dia bt performance. Sure dia malu giler masa tue. Bayangkanlah fans xsambut tangan dia. Aku plak, giler apa klu nak sambut tangan dia. oleh sebab rasa bersalah, I dah minta maaf pd dia and dia ckp okey sbb faham and hormat cara orang Islam.
Klu nie skandal, I memang tak kisah memandangkan masa tengok dy menari dah macam TaeYang plak..berdegup dengan pantas bila tgk dia bt performance..tgk badan la, I nie sensitif ckit dgn badan lelaki..hahahaha, motif keluarkan statement giler nie..

Eplison
Uri~ELFs~oyeo
Ini adalah sebahagian geng-geng Twitter saya, diTEKANkan lagi hanya sebahagian besar. Nampak bukan saya punya ramai rakan twitter yang best dari friendlist FB..
Progression with Fly FM Rush Hour (Zher and Prem). Sila rujuk flyfm photogallery. Ada banyak pic kami di sana. =)

Friday, October 8, 2010

Sebiji epal

Wanita ibarat epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak.
Susah di petik, susan digapai.
Terkadang epal itu risau, kenapa la didirmu belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah ke tanah. Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya, sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi....

Wednesday, October 6, 2010

Flora CINTA - Min Malik






















Benarkah ini ujian lagi
Berombak cuma rasa gundah
Dari sanubari
Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula
Biarkan
Mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu..ohh..
Sempanan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...
Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama
Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru
Rintik menjadi rindu padamu (2X)

Poetry to 2405


when I first saw your eyes
did I misunderstand it?
using a bright smile
you turned me into fool
alright it's like this
because I love you
to me the world
is really touching
if I forget that moment
I can't live on
the short times we had
is so small

Tuesday, October 5, 2010

Anda ANEMIA? - part 5 (FINAL part)


Pil zat besi tidak boleh diambil bersama makanan daripada gandum kerana ia mengurangkan keupayaan badan menyerap zat besi. Suntikan za besi hanya diberi jika pil tidak berkesan atau individu mengalami alahan. Bagaimanapun, kesannya agak lambat iaitu 2 minggu dan ia menyakitkan. Zat besi boleh diperolehi daripada daging, ayam, itik, ikan, bijiran, sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan kaya vitamin C.

Elakkan makanan mengandungi asid fitik dan tanik seperti roti, kopi, teh, kola dan coklat kerana ia menghalang penyerapan zat besi daripada maknan. Walaupun disarankan makan secukupnya, jangan pula ada yang mengambil pendekatan makan untuk dua orang. Konsep ini salah kerana ia menyebabkan masalah kegemukan yang lebih sukar di atasi.



Sunday, October 3, 2010

Aku nekad

Hati begitu nekad untuk tinggalkan seorang kawan yang mulai rapat dalam hidup. Mungkin dia tak fikirkan begitu? Aku nekad untuk menyatakan hasrat untuk tidak menghubungi lagi. Alasan juga telah diberikan dan mengharap dia faham.
Maafkan aku hati sebab terpaksa begini.
Maafkan aku masa kerna tak mampu berpatah semula.
Maafkan aku air mata sebab biarkan engkau deras mengalir.
Hatiku bukan milikmu kerna engkau tak layak untuk aku anggap kawan. Atau mungkin aku yang sememangnya tidak layak untuk kamu dan insan lain. Pernah angankan sendirian meniti bahagia tapi itu bukan jalan hidupku. Aku juga seperti kamu yang ingin melihat kebahagian orang lain. Untuk itu aku sanggup korbankan segala kepentingan yang ada. Hidup jalan aku begitu kompleks sehingga tiada yang layak untuk mendampingi. Tak sanggup rasanya melihat orang yang aku sayangi menitiskan air mata apatah lai berkongsi seribu satu kedukaan dalam hidupku. Biar kami saja yang melaluinya. Biar aku dan keluargaku sahaja. Sukar untuk lepaskan kamu tetapi payah juga untuk bersama kamu.
Andai langit itu cantik, kenapa perlunya hujan?
Andai pertemuan itu indah, kenapa perlukan perpisahan?
Andai kamu membaca entry ini, aku berharap engkau hentikanlah janji-janji itu. Tak perlu bersusah payah untukku lagi. Tak perlu terus menghubungi lagi. Aku akan sentiasa doakan kebahagian kamu dunia akhirat dari jauh. Hanya doa penghubung kita...

3 Oct 2010 (jam 2.55am)

Saturday, October 2, 2010

Perfect Family

Saya rindu pada keluarga saya. Bila kami semua akan berjumpa kembali di bawah satu bumbung yang sama? Mahu semua ahli keluarga berkumpul tanpa wujud perasaan negatif dalam hati masing-masing. Ahli keluarga yang mempunyai hati yang putih bersih. Saya rindu pada semua ahli dalam keluarga saya tapi itu semua tidak akan berlaku. Sendu di pagi hari...

Friday, October 1, 2010

Emosi 3 in 1

Kekadang mata pena lagi tajam dari sebilah keris..(apa yg kau merapu nie?)..baik-baiklah, kekadang papan kekunci lebih laju dari kata hati..(dah makin merapu plak minah nie)..(*pembetulan : "Kekadang mata pena lebih tajam dari sebilah pisau")..
Yesterday is a very cheerful day. Hang out bersama dengan beberapa some new friends in tweetland a.k.a Malaysia ELFs.. Actually pagi-pagi lagi before open house UKP, I have a stomach ache. But because of Kimchi Bokkeumbap, BaeChu Kimchi and Korean Pancake hand make by Arina telah menukarkan sakit perut kepada kebuluran dan kelaparan. Betoi la kata tuan doktor, kalau kamu set in your mind yang sakit itu akan hilang, maka sakit itu akan terus hilang. Sesampai je terus dipanaskan makanan dan dijamu dengan pelbagai juadah raya sampingan yang lain. Tapi keadaan yang gila untuk try Korean food was make me a little crazy..(baiklah, just a little okey..)..Ternyata Arina memang terror masak. Nie la membuatkan aku sedikit bangga mempunyai kawan Malaysia yang berjiwa Korea..haha..lepas nie Kangin oppa mesti sayang Arina. Juadah hari raya diletak sebelah sekadar hiasan. Yang penting itu Korean food made in Shah Alam.
Then, perkara yang tak dirancang telah terancang secara tiba-tiba. Jom pergi Korean Town. YahooDotCom..bukan main syok lagi bila dengar Korean Town..memang teringin sangat nak melihat kawasan tersebut. Keadaan jalan yang sesak membuatkan kami lewat tiba ke destinasi cinta..(hahaha..ambik ko.."destinasi cinta"). Kami sempat menikmati juadah secara berkongsi..(baiknya hidup bak kempen berkongsi kereta untuk elakkan pencemaran udara). Memang bestlah syurga makanan Korea. Patutlah bila Hanguk Saram makan buatkan aku terliur. Walaupun tak banyak pilihan yang dapat kami nikmati tapi ia sudah cukup untuk membuatkan perut aku kembali sakit. Oleh kerana kak Nik kerja malam tue, kami terpaksa berpisah untuk kembali ke pangkal jalan.
Apapun thanks to this person for today :-
  1. Arina - sebagai tuan rumah yang sanggup memasak untuk kami dan berbesar hati untuk membuka pintu rumah beliau (a.k.a tuan punya rumah kakak sulung sebenarnya)
  2. Nik - sebagai pemandu yang cekap lagi berhemah yang setia membawa kami ke destinasi syurga cinta kami
  3. Pinat - mengajak saya untuk join serta dalam aktiviti yang sihat ini dan sudi menumpang serta menghantar saya ke kolej semula di malam hari
  4. Anis - untuk ilmu pakai shawls cara yanti...memang dah lama nak try cara itu..nasib dapat tok guru yang betoi. Kebanyakkan budak buat ajaran sesat untuk cara shawls tersebut..Balik je bilik terus tanggal tudung dan try pakai shawls dgn gaya tersebut ternyata menjadi..(Oh dunia, lihatlah selepas ini, akanku pakai cara ini...hihihi).
picture peristiwa akan diupload kemudian-harap bersabar