BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, June 2, 2011

Istikharah dan Istisyarah Bahagian 2

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Itikharah itu punya gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenal sebagai Istisyarah. Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Tamiyyah rahimahullah pernah berkata :-
"Tidak akan menyesal seseorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq serta tetap pendirian dalam keputusannya"
Biar pun ulama berselisihan pendapat tentang mana yang patut dilakukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berasa di dalam ketidakpastian, harus baginya untuk mengulangi solat dan doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanny melalui petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk FITNAH berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan. Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari MIMPI. Berhentilah menunggu PETANDA. Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yag membuat keputusan itu dengan keyakinan hasil Istikharah bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan keberkesamaan Allah. Jika di kemudian hari, pda pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah - Ikhtiar Usaha). Pertimbangkanlah 'seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permususuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul'...berhati-hatilah, ia mungkin mainan syaitan.
"Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah" [Al-Aa'raaf 7:30]

0 comments: