BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, November 10, 2011

Trauma Alza

Dalam masa setengah jam lagi, kerja harus diselesaikan dan entry ini juga harus dipostkan. Semua pasti tertanya-tanya kenapa tiada entry "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kan. Sebenarnya penceritaan di bawah adalah benar sebenar-benarnya dan tiada tokok tambah memandangkan diri perlu bersikap jujur.. Jujur sangat sekarang ini...(maknanya selama ini kQ x jujur ke?)..Berbalik kepada penceritaan dan perkaitan kepada tajuk entry, saya telah mengalami kemalangan sewaktu pulang dari bertugas. Dalam keadaan jalan licin selepas hujan, petang tue dengan yakin mahu segera pulang dihalang oleh kejadian yang tak diingini. Sebenarnya kQ masih trauma bila melalui jalan tersebut dan petang ini adalah hari kedua untuk mengharungi jalan tersebut setelah bercuti panjang selepas kemalangan and you all guess what? Something telah berubah di jalan tersebut. Wujud kesan kemalangan di lokasi tersebut. Jika ditanya tentang kekasih hati, memang parah sebab terpaksa menerima rawatan secara intensif.. Bajet lari untuk merawat kekasih hati. Keadaan diri pulak xde la teruk sangat sebab injured takde la seteruk masa injured sport zaman belajar dulu. Yang pastinya masih lebam walaupun ubat sudah habis dimakan dan ubat tersebut sangat tidak disukai ramai. Lain sangat rasa ubat tue, biasalah klu rasa coklat mesti best nak makan kan.. kan.. kan. Semalam saja ramai staf yang ambil berat bertanyakan tentang kejadian. Letih gak nak menjawab sambil bercerita ala-ala pertandingan bercerita zaman kanak-kanak. Mama pulak semakin risau dan berkata "Esok pergi beli insurans (PA)". Ramai yang melawat menasihati supaya naik kereta untuk ke tempat kerja. Bila fikir memang la best naik keta, xde kena panas, xde kena hujan tapi benda paling xbest ialah pembaziran wang dan masa bila berkereta. Nanti la akan difikirkan selepas dapat confirmation letter dari KTMSB. Setakat ini banyak -ve dari +ve bila berkereta ke tempat kerja. Marilah berhati-hati di jalan raya...

Pesanan IKHLAS dari kQ kepada pemandu-pemandu khasnya pemandu Perodua Alza tersebut, jika kQ terserempak secara sengaja atau tidak sengaja, tolong la berdoa untuk kQ tidak moody. Sebab memang dah pasang niat jahat nak menjahanamkan kehidupan kamu sebagaimana kamu menganggu ketenangan kQ dalam pemanduan. Ini bukan main-main sebab dah nekad dan pasang niat. Melainkan kamu datang memohon maaf atas kesilapan dan kecuaian kamu petang itu.

0 comments: