BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Sunday, December 20, 2009

Rhabit is kerbau !!! really miss u...

Binatang apakah ini? Ini sebenarnya anak kerbau yang dibeli oleh abah. Namanya Rhabit sebab hidung anak kerbau betina ini mempunyai kecacatan yang dipanggil rabit oleh orang-orang tua. Namun begitu kecacatannya tidak tergolong dalam golongan khas Orang Kurang Upaya. Menurut abah kerbau ini akan disembelih untuk kenduri kahwin oleh mana-mana bakal anak-anak kandungnya termasuk anak-anak angkatnya. oleh itu, secara tidak langsung, yna termasuk dalam list tersebut. Jika melihat pada umur memang layak kerbau ini dikorbankan untuk jamuan majlis kenduri yna nanti tapi klu ikut perkiraan dan perhitungan dalam imbangan duga, kemungkinan besar yna akan terkeluar dalam senarai tersebut. Mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah kerana sehingga saat ini yna takde lagi calon untuk pasangan hidup. Hanya berserah dan reda je rezeki kerbau ini pada sapa2.

Anak kerbau ini sangat jinak dan amat gemar merayau-rayau seorang diri. Kekadang rasa kesian sebab kerbau tue keseorangan. Yna ada mencadangkan abah untuk mencari pasangan yang boleh dijadikan kawan Rhabit tapi abah telah mengeluarkan statement panas iaitu berbunyi begini "Apa kata yna cari dlu pasangan? Tak payah risaukan Rhabit sebab kerbau tue masih anak. Yang abah risau sekarang anak abah yang sorang nie.." (lebih kurang begitulah ayat-ayatnya) Sangat melukakan hati dan perasaan..huhu

Selama bercuti di kampung, yna adalah antara orang-orang (bukan patung orang2 di sawah padi, okey) yang sangat gemar menemani Rhabit sehinggakan Rhabit begitu baik dan mendengar kata. Bila ditarik tali yang diikat dilehernya, rhabit dengan rasa suka mengikut ke mana yang kita bawa. Apa lagi, memang saat yang digemari iaitu menjahanamkan rumput2 di rumah orang kampung tetapi harus selalu diperhatikan sebab takut Rhabit tersalah makan hasil tanaman orang kampung. Nanti bising pulak sekampung. Rhabit oh kerbau, sungguh rindu pada kamu.

Pesanan khas buat Erniezan :-
Ini adalah kerbau dan bukannya lembu. Lembu pula disebutnya kuda. Kalau dlu katak dijeritnya ketam.

0 comments: