BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, December 1, 2009

Anda ANEMIA? - part 1

Istilah darah cair atau kepekatan darah rendah biasanya merujuk kepada wanita yang mengalami anemia atau masalah kekurangan darah. Meskipun anemia bukan penyakit, ia perlu dirawat bagi mengelak risiko masalah kesihatan indidvidu. Antara langkah mudah mengatasinya ialah menjaga pemakanan dan mengambil vitamin yang diberikan khusus untuk wanita. Kekurangan darah bukan saja menyebabkan keletihan melampau tetapi lebih membimbangkan ia boleh mengakibatkan keguguran dan mudah mendapat jangkitan. Dianggarkan 1 daripada 5 orang mengalami masalah kurang sel darah merah yang menyebabkan mereka mudah letih, kulit menjadi pucat, sukar menumpukan perhatian, sering sakit kepala, jantung berdegup cepat, tercunggap, pening dan pada kes yang teruk seseorang boleh pitam secara tiba-tiba.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kelaziman anemia paling tinggi berlaku dikalangan oenduduk Asia Tenggara iaitu sebanyak 57%. Universiti Putra Malaysia pada 2007 mendapat 38% wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan darah dan 84.8% tidak mendapat cukup asid folik iaitu satu daripada vitamin B yang membantu badan menghasilkan sel baru termasuk sel darah merah. Oleh kerana gejala anemia sangat umum, ramai tidak menyedari mereka mengalami masalah ini.

Anemia ialah keadaan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna merah kepada sel darah. Ia adalah masalah yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja terutamanya wanita kerana kedatangan haid setiap bulan atau lelaki yang mengidap penyakit. Selain itu, hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke semua sel dan organ dalam badan. Kekurangan sel darah merah bermakna kita kekurangan hemoglobin dan akibatnya sel di dalam badan tidak menerima cukup oksigen.

Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercugap-cugah selepas melakukan kerja ringan. Jesteru untuk memiliki sel darah sihat, kita memerlukan buah pinggan, hempedu dan sumsum tulang yang sihat kerana di sinilah sel darah dihasilkan. Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah. Paras hemoglobin yang normal ialah anatara 13.8 hingga 17.3gm/dL bagi lelaki dan 12.1 hingga 15.1gm/dL bagi wanita. Individu yang paras hemoglobinnya kurang 13gm/dL (lelaki) dan 12mg/dL (wanita) dianggap mengalami masalah anemia. Secara umumnya, rata-rata lelaki Malaysia mempunyai paras hemoglobin anatara 12 hingga 13gm/dL dan wanita pula sekitar 11gm/dL. Angka ini sangat penting kerana setiap penurunan 1% paras hemoglobin meningkatkan risiko kematian sebanyak 10% terutamanya wanita.

0 comments: