Terkejut bila tertiba tak diberikan plastik bila ke pasar raya Billion tempoh hari. Rupa-rupanya ada kempen alam sekitar secara besar-besaran oleh kerajaan negeri semperna program alam sekitar peringkat negeri Pulau Pinang. Wah, lepas nie Penang mesti bersih dan sampah yang dinamakan plastik akan berkurangan setiap hari Isnin. Mantap la Penang..
Bagi permulaan pada setiap hari Isnin adalah hari di mana larangan bagi penggunaan beg plastik terutamanya di pasaraya-pasaraya tempatan di kawasan negeri Pulau Pinang. Walaupun begitu penggunaan plastik pada hari tersebut masih dipertimbangkan dengan syarat tertentu. Pelanggan perlu membawa beg sendiri untuk meletakkan barangan yang dibeli. Adat manusia adalah pelupa dan sekiranya pelanggan terlupa untuk bawa beg, pelanggan tersebut boleh membeli beg plastik semasa di kaunter pembayaran. Setiap beg plastik akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 dan wang tersebut akan terus disalurkan ke Tabung Rakyat Termiskin Negeri Pulau Pinang.
"Cintailah Pulau Pinang.. Kurangkan sampah sarap.. Kurangkan Beg Plastik"
0 comments:
Post a Comment