Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah iaitu bulan Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.
" Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al-Quran) itu ada dua belas sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram" (QS. At Taubah : 36)
Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Muharram ertinya "dilarang" dan kerana itulah pada bulan tersebut dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan. Bulan Muharram memiliki banyak keistimewaan sehingga bulan ini disebut bulan Allah (Syahrullah). Segala ibadah akan dilipatgandakan manakala sebaliknya juga. Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam. Oleh kerana itu, satu anjakan paradigma sangat penting bagi umat Islam untuk bermuhasabah terhadap perancangan pada masa depan kepada yang lebih baik lagi..Wallahualam
0 comments:
Post a Comment