Untuk hari pertama sem II nie xde la meriah sgt melainkan seniorita acct 4th year yg happy bertemu kwn2 seBatch selepas selesai berjuang berpura-pura menjadi pekerja yang tekun berkerja. Hebat betoi lakonan masing-masing bila dalam dunia latihan industri. Lagipun, mereka ini bakal meninggalkan bandar ilmu ini tak lama lagi. Dunia kerjaya pula bakal menyusul pertengahan tahun 2010 nanti dan berkemungkinan besar Yna akan menerima jemputan perkahwinan dari mereka ini tahun depan.
Pendaftaran subjek pagi itu seperti biasa membuatkan otak pening-pening lalat akibat dari jadual yang banyak clash. Kelas Perakaunan Sektor Awam berjaya dinobatkan sebagai kuliah pertama sem II ini. Kuliah pertama ini mencabar kewibawaan PM Azmi dengan mengajukan beberapa soalan yang 'killer' tetapi berjaya dipatahkan dengan perdebatan senior2 acct. Wah, hebat betoi gaya senior bercakap dan keluarkan buah pendapat yang menampakkan 'matured'. Dari kuliah Perakaunan Sektor Awam terus ke kuliah Pengurusan Operasi yang merupakan subjek elektif bg bdk acct. Encik Lokhman memang hebat dalam mengajar dengan memberi pelbagai contoh mudah untuk memudahkan permahaman. Kuliah diakhiri dengan satu assigment yang perlu dihantar next week. (Dunia assisment pun bermula...)
Seterusnya, kenangan hari pertama kuliah disambut dengan angkatan setia berbakti IBU ZAIN yang siap menunggu ditangga. Dengan langkah yang penuh berhati-hati meniti anak tangga yang dikatakan 'beranak' itu sambil memikirkan monyet yang sedang memerhati. Alamak, kejut betoi perut nie bila saat makhluk itu turun dari pokok yang rendang. "Mana perginya budak-budak lelaki KIZ nie? Sapa nak tolong nie klu ada serangan hendap makhluk tersebut?" Pilihan yang ada ketika itu adalah untuk menjerit atau buka langkah seribu. Kalau buka langkah SILAT, silap hari bulan masuk hospital plak. Secara tiba-tiba, seekor dari mereka telah berlari ke arah yna dan berjaya menyergah. Dengan pilihan ada, yna pun berjaya membuat jeritan yang kuat sehingga menakutkan ia. Kalau ada talian hayat yang lain, pasti yna gunakan talian hayat tersebut. Sangat menakutkan. Menurut cerita, makhluk tersebut telah membuat cubaan untuk menyusup masuk ke bilik blok lelaki. Mungkin kerana marah dengan kegagalan menyusup masuk lalu makhluk tersebut datang kepadaku..(huhuhu...) Dengan ini yna mengisytiharkan perang dengan monyet-monyet UKM.
"Duhai monyet, pergilah engkau hilangkan diri dari pandangan mataku kerna diriku tak bisa bertahan dari membuka langkah seribu buat seketika ini. Jagalah engkau bila kakiku sudah sembuh sepenuhnya, takkan ku biar engkau bermaharajalela."
0 comments:
Post a Comment