BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, December 10, 2009

BARAH TULANG (part I)

BARAH TULANG – MEMBUNUH DALAM DIAM

Barah tulang dianggap asing bagi sesetengah dari kita kerana pada anggapan mereka ia langsung tidak mendatangkan bahaya. Benarkah kenyataan ini? Tahukah anda bahawa barah tulang biasanya berlaku disebabkan oleh darah yang tercemar.

FAKTA MENGENAI TULANG

Di dalam tubuh terdapat 206 jenis tulang di dalam badan yang setiap satunya memiliki fungsinya yang tersendiri. Kebiasaannya barah tulang akan berlaku pada mana-mana bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan. Kebanyakan barah tulang sebenarnya bukan barah (benign) tetapi sesetengah daripadanya akan menjadi barah (malignant). Benign tumor biasanya tidak merebak ke bahagian lain dan jarang memerlukan rawatan seumur hidup. Walaupun ia mungkin berulang tetapi boleh dibuang melalui pembedahan. Benign bone biasanya membabitkan benjolan pada tulang yang abnormal dan kebanyakannya tidak memerlukan rawatan jika tidak sakit. Malah untuk sesetengah kes, kadangkala masalah ini boleh hilang dengan sendirinya. Pun begitu, jangan terlalu cepat merasa lega. Walaupun benign bone tidak berbahaya tetapi anda masih tetap memerlukan rawatan. Hal ini disebabkan ada sesetengah kes benign yang bertukar menjadi barah. Malignant tumor pula disifatkan sebagai barah yang bertindak memusnahkan sel dan tisu yang sihat. Sel barah juga boleh mencemarkan aliran darah hingga menyebabkan barah merebak ke bahagian tubuh yang lain.

0 comments: