Bila sebut tentang cuti sekolah, menarik bukan? Dalam kepala masing-masing membuat pelan supaya waktu cuti sekolah tidak dibuang begitu saja. Dalam kesempatan dan peluang Yanie dengan berani menangis untuk ikut kakak kesayangannya ini pulang ke Pearl of Island. Setelah berbaldi-baldi air mata itu dicurahkan, mak dan abah pun membenarkan yanie untuk ke Penang. (membazir bukan, kalau tau simpan untuk sedekah pada sultan Melaka yang tergila-gilakan Puteri Gunung Ledang. Semakin di luar kotak nampak sehingga menjadikan sultan Melaka murka). Oleh kerana keadaan ekonomi yang kurang stabil, dengan cara penuh berhemah yna memulakan bajet cuti. Semuanya dirancang dengan teliti supaya tiada pembaziran seperti menggunakan perkhidmatan bus Rapid Penang, feri, bekalan makanan untuk masuk pawangan, botol air besar untuk hilangkan dahaga dan sebagainya.
~ Kali pertama yanie naik feri~
~ Cuaca panas gunakanlah payung~
~Pameran Bukit Bendera~
~Di puncak Penang Hill~
~Keretapi untuk ke puncak~
~Sekadar gambar hiasan untuk kiasan~
Kota Cornwallis Pulau Pinang
Kalau ikut sejarah apabila Francis Light ambil alih Penang, beliau telah bina kota dengan menggunakan batang nibong kat area tanjung pulau ini. Nama tempat ini dimabil bersemperna nama Gabenor Jeneral di Bengal iaitu Charles Cornwallis. Kemudiannya kota ini telan ditukar dengan menggunakan batu bata ikut saiz, bentuk dan pelannya. Pembinaannya menggunakan buruh tahanan dan merupakan pengkalan pertahanan dan pengurusan pertama bagi East India Company. Kota ini berbentuk bintang dilengkapi dengan meriam disekelilingnya sehingga kini kekal pada kedudukan asalnya. Meriam paling popular ialah meriam Seri Rambai yang diletakkan di bahagian barat kota. Tertiba saja rasa mengantuk bila sebut tentang sejarah. Cara untuk hilangkan rasa mengantuk adalah dengan menyertakan dan mempamerkan gambar-gambar yang sederhana menarik untuk dikongsi bersama.
~Yanie di hadapan pintu masuk Kota Cornwallis~
~Yanie dengan lagak berdiri di atas meriam Seri Rambai~
~Buaian dan lagu merdu dari yanie~
Baiklah ini bukan antara sudut dalam Kota Cornwallis, sudut ini juga dalam kota tapi berhampiran dengan kota KOMTAR. Oh tidak, sebenarnya ini sudut menunggu giliran berjumpa dengan santa untuk tuntun hutang ganjaran untuk budak baik. (yanie nie mcm x layak je utk ganjaran budak baik dari santa). Lokasinya adalah di Prangin Mall, tempat popular dating zaman sekolah asrama dulu. Untuk pengetahuan semua inilah lokasi pertama yna untuk berpacaran zaman sekolah selain perpustakaan sekolah. Di sekolah tak bolah nak buat jahat apatah lagi bercouple nanti kantoi dengan cikgu displin. Di sekolah yna budak baik dan nampak sangat kenyataan di atas adalah terpesong dari fakta. Yna jarang sekali dapat keluar outing hujung minggu apatah lagi nak berpoya-poya di Prangin Mall. Barang keperluan hanya dibeli bila minggu balik kampung. (Habis kau tak pernah outing ke?) Outing itu adalah perkara wajib tapi yna outing seorang saja, itu pun bukan weekend tapi weekday. (Apasal?) Yna selalu outing untuk dapatkan rawatan di hospital sebab selalu sakit. Sebagai gantinya, yna xdapat outing hujung minggu dengan kawan-kawan. Sedih bukan bila berseorangan?
Baik keluar sekarang sebelum banyak lagi rahsia zaman sekolah di keluarkan satu persatu. (Mana pintu EXIT? Dah kena halau...)
0 comments:
Post a Comment