Apa yang buat kQ review story nie? Story nie dah lama dulu berada di pawangam. Baru sekarang berkesempatan menonton. Terima kasih daun keladi kepada Zara yang memberi kQ pinjam. [1] Story nie berkisah persahabatan Woody sehingga sanggup bersama kawan2nya susah senang. [2] Selain tue, rasa sedih boleh menganggu kewarasan akal fikiran sehingga sikap positif mampu bertukar ke sikap negatif seperti Lots-O-Huggin Bear dan Big Baby. Huggin Bear sanggup menipu Big Baby bahawa Daisy(pemilik asal) telah menggantikan mereka setelah kehilangan mereka secara tidak sengaja di taman permainan. [3] Sikap bekerjasama membawa kejayaan. [4] Jangan judge something before kita benar2 tahu keadaan sebenar. Cth : Mereka yang sangkakan SunnySide DayCare merupakan tempat yang baik tetapi sebaliknya. [5] Cintai alam sekitar. Apakah? Semperna Karnival Alam Sekitar IZISH UKM, bersama kita menjaga alam sekitar. Dalam plot cerita ada menunjukkan babak di mana betapa banyak sampah sarap yang dilupuskan setiap hari. So, lepas nie kQ akan fikir dulu sebelum buang.
Plot kisah bermula apabila Andy menjangkau usia 17 tahun dan perlu mengemas barang untuk di bawa ke kolej. Sejak kecil Andy bermain dengan kesemua permainannya. Dia tidak sampai hati untuk memberikan permainannya kepada pihak lain tetapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kesemua permainannya telah termasuk ke dalam kotak yang akan didermakan kepada SunnySide. SunnySide mempunyai ketua permainan yang jahat (Lots-O-Huggin Bear) yang mempunyai kisah sedih disebaliknya. Pada penghujungnya, kesemua mereka dapat pulang ke rumah sebelum Andy ke kolej dan Andy telah menghantar kesemua permainan kesayangannya kepada seorang kanak-kanak yang menyayangi dan menjaga baik kesemua permainan miliknya.
0 comments:
Post a Comment