BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, January 4, 2011

Lelaki itu adalah kamu

Siti Fatimah pernah berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Wahai Ali sesungguhnya sebelum menikah, ada lelaki di kota Mekah ini yang sangat aku kagumi". "Jadi engkau menyesal menikah denganku?", soal Ali. Lalu Siti fatimah menjawab, "Tentu tidak, kerana lelaki itu adalah kamu..."

++++++++++++++++++++++++

Bukankah sangat romantis seorang yang bernama Siti Fatimah itu. Dia mengungkapkan perasaan kepada suaminya dengan cara yang luar biasa. Dia pancing sifat ingin tahu suaminya dengan sebuah pertanyaan bahawa dia mengagumi Ali sebelum dia menikah. Tentu saja pertanyaan ini menimbulkan rasa risau suaminya, Ali bin Abi Talib. Pertanyaan, "Siapa orang itu?" segera menujah dalam hati dan kemudian keluarlah kata-kata vonis (hukuman), "Lalu apakah engkau menyesal menikah denganku?"
Wajar sebuah pertanyaan dari seorang suami yang cemburu. Dengan sangat lembut dan menyentuh hati, si isteri menjawab. "Lelaki itu adalah kamu." Semua pasti tersenyum saat membayangkan bagaimana wajah Ali bin Abi Talib saat mendengar pengakuan polos dari isteri tercintanya itu.

0 comments: