BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, January 18, 2011

PETUA Senyum Ikhlas

Senyum ialah sedekah kerana dapat mengembirakan hati sesiapa sahaja yang memandang. Cuba bayangkan jika anda berwajah masam sepanjang hari. Orang hendak tegur pun takut! Kalau anda senyum, pasti jiwa lebih tenang dan orang memamndang pun senang hati. Di sini kQ senaraikan dua petua senyum ikhlas yang boleh mengembirakan orang sekeliling anda.
Senyum dengan semua orang yang melintas di hadapan kita tidak kira status mereka. Jangan pula hanya senyum dengan mereka yang berpangkat tinggi tetapi tidak senyum kepada pekerja pembersihan. Mereka juga manusia walaupun bekerja pada peringkat bawahan.
Senyum sambil mengucapkan salam. Bagi mereka yang beragama Islam, ucapkanlah 'Assalammualaikum', manakala mereka yang bukan Islam ucapkan selamat sejahtera. Sambil itu bersalaman sesama jantina. Hal ini lebih menjadikan senyuman kita ikhlas.

0 comments: