BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, December 24, 2010

Usia

Si Ibu menunggu kelahiran puterinya dengan rasa berdebar dan melahirkan puterinya dengan rasa kesakitan yang penuh nikmat. Si ibu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada puterinya agar puterinya menikmati hidup yang paling bahagia. Satu hari si puteri telah meninggalkan ibunya dan ibunya sangat redha kerna si puteri meninggalkan si ibu itu demi menuntut ilmu. Si ibu bahagia melihat si puterinya bahagia. Si puteri belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik berbanding kawan-kawannya yang lain. Ajal telah menerpa di saat usia puteri yang masih muda. Puteri disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ibunya yang menengar amat terkejut dan berasa lemah longlai. Baru sebentar tadi menghantar anaknya ke universiti. Baru sebentar tadi mendengar lawak jenakanya. Baru sebentar tadi sempat memberi pesanan kepadanya. Dengan langkah lemah longlai itu, si ibu menuju ke arah jenazah puterinya untuk memandikan puterinya buat kali terakhir. Si ibu yang memandikan puterinya buat kali pertama dan kerna itu, si ibu tadi membina kekuatan untuk memandikan jenazah puterinya. Melihat sekujur tubuh si puteri dimandikan, melihat si puteri dikafan dan disembahyangkan, si ibu menjadi tenang kerna si puteri mempunyai ramai kawan-kawan yang sayangkannya. Si puteri merupakan seorang gadis yang rupawan, baik hati dan disenangi oleh orang-orang yang disekelilingnya. Si puteri meninggalkan wajah yang tenang saat pemergiannya walaupun melalui saat kemalangan yang agak ngeri. Si puteri dilanggar lari oleh sebuah kenderaan Honda kelabu yang masih dicari oleh pihak berkuasa. Motosikal yang dinaiki remuk teruk akibat dilanggar dan diheret sejauh 20m semasa berhenti di lampu isyarat. Si ibu akur dengan takdir yang tertulis buat si puteri.
Ajal maut datang tanpa mengira usia dan kedudukan...

0 comments: