BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, December 13, 2010

Debat 1Malaysia UKM 2010

Pertandingan akhir adalah di antara team UPNM sebagai pihak Kerajaan dan UiTM sebagai pihak pembangkang menyaksikan muka-muka dan bakat-bakat baru sebagai pelapis kepada debat ala parlimen ini. Tajuk usul adalah "Rencah Perpaduan Negara Belum Sebati". Seperti biasa pendebat diberi usul sehari awal untuk mendapatkan info-info yang berkaitan tentang usul dan undian secara balingan syiling sebelum perdebatan bagi menentukan siapa pihak kerajaan dan siapa pihak pembangkang. Seperti yang dijangkakan pihak pembangkang telah menang dengan keputusan juri 5-2 dan margin 1.4 kemenangan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, peserta pendebat adalah pengalaman pertama beliau menjadi peserta pendebat di IPTA dan ini bakal menjadikan platform kepada beliau untuk terus menimba ilmu dalam bidang perdebatan. UiTM menduduki tempat teratas sejak awal sidang.
Ribuan terima kasih daun keladi kepada kesemua urusetia berganding bahu meminjamkan bahu untuk berkerja bersama-sama terutamanya Urusetia Kebajikan Pelajar dan Urusetia Pengucapan Umum. Ucapan Tahniah buat team UKM yang hanya melayakkan diri dalam pusingan suku akhir sahaja. Buat pendebat UKM semoga kuat semangat dalam sidang perdebatan Piala Diraja seterusnya minggu depan di UTHM.

0 comments: