Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya. Perkahwinan bukan saja menantuan dua hati menjadi satu tetapi penyatuan erat kedua-dua belah pihak keluarga. Atau mungkin saja, penyatuan erat dari dua bangsa atau penyatuan dua negara. Menjadi isteri juga sekaligus menjadi anak menantu kepada ayah dan ibu mertua. Untuk lebih jaminan, isteri bertanggungjawab menjaga hati ibu dan ayah mertua. Mertua merupakan insan yang terpaling rapat dengan suami. Mereka banyak berkorban apa saja demi suami dan mereka lebih jauh mengenali hati budi suami. Jangan bandingkan sayang yang bakal diberikan dan dikongsi bersama mertua. Pada hakikatnya, mertua lebih berhak untuk itu semua kerana syurga suami masih di telapak kaki ibu mertua padahal syurga isteri pula bertukar ke suami selepas sah diijab kabulkan. Sebahagian perkara yang wajib dilakukan dan perkara yang perlu dijauhi demi menjaga perkahwinan dan hubungan yang terbina :-
- Jangan pernah cuba untuk berebut atau tamakkan kasih sayang suami dengan mertua. Jadi bantulah suami, berikan dorongan kepadanya agar menjadi anak yang soleh, yang dirahmati dan diredai Allah swt. Dengan secara tidak langsung isteri turut sama mendapat pahala kerana "orang yang mendorong ke arah kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya" (maksud hadis riwayat Muslim daripada 'Uqbah bin 'Amru)
- Sayangi mertua seperti ibubapa kandung.
- Cuba menjadi yang terbaik kepada mereka. Mereka tidak mengharapkan begitu sempurna tetapi cukuplah sekadar mengakui jika melakukan kesalahan dan belajar untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan dengan segera.
- Bijak mengambil hati mertua dengan meringankan beban mereka dan membantu melakukan tugas rumah tangga bersama. Memancing minat dan kegemaran mertua. Mana tahu kegemaran anak menantu dan mertua adalah serupa. Tidak perlu begitu banyak pujian yang tidak sepatutnya.
- Merendah diri dan berkhidmat kepada mereka. merendah diri tidak bermakna menghina diri. berkhidmat tidak bermakna menjadi hamba.
- Usah lokek dan berkira dengan mertua terutamanya apabila mereka datang ke rumah atau kita menziarahi ke rumah mertua. Ingatlah, mereka terlalu banyak berkorban untuk membesarkan pasangan anda.
- Doakan kesejahteraan mereka sepertimana kita mendoakan kesejahteraan ibubapa kita saban kali doa. Katakanlah, "Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibubapaku dan kedua-dua ibubapa pasanganku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik kami pada waktu kami kecil."
0 comments:
Post a Comment