BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, January 29, 2010

Anda ANEMIA? - part 2

Punca Anemia ada banyak tetapi ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu primer dan sekunder menurut Perunding Perubatan dan Hematologi, Dr. Vijaya Sangkar Jaganathan.

Punca primer (diwarisi) :-
~kecacatan membran
~kecacatan globin (seperti penyakit talassemia alfa/beta)
~kecacatan enzim (sperti enzim G6PD)

Punca sekunder (diperolehi) :-
~pemakanan
~kehilangan darah
~pendarahan dari faraj atau dubur disebabkan penyakit
~kegagalan sumsum tulang
~kanser
~penyakit kronik
~ulser dan pendarahan dalam perut
~kesan sampingan ubat
~penyakit autoimun
~jangkitan
~kehamilan terlalu kerap

Kumpulan yang berisiko alami anemia :-
~wanita hamil (30%)
~kanak-kanak kecil kurang dari dua tahun
~remaja perempuan terutama yang baru datang haid
~warga emas (60thn ke atas)
~atlit perempuan
~vegetarian vegan
~individu yang ada penyakit menyebabkan zat besi terjejas atau disertai kehilangan darah
~penyakit keradangan usus
~ulser usus disebabkan jangkitan bakteria Helicobacter pylori
~kehilangan darah yang kronik

0 comments: