GEJALA-GEJALA
Gejala kanser tulang biasanya kurang dikesan kerana sifatnya yang mengambil masa yang agak lama untuk dikesan. Malah kanser tulang juga terbentuk dalam jangka masa yang lama kerana ia bergantung pada jenis, saiz dan juga bahagian tulang yang terjejas. Simptom awal dapat dilihat melalui rasa sakit yang berpanjangan terutamanya pada sebelah malam. Ia diikuti dengan bengkak pada bahagian tulang. Keadaan tulang yang bengkak ini seterusnya akan memberi kesan kepada pergerakan sistem tubuh lain. Sehingga kini tiada bukti saintifik membuktikan punca sebenar kanser tulang ini namun ia dikatakan terjadi disebabkan oleh faktor genetik, kesan radiasi seperti nuklear dan masalah trauma lain yang bersangkutan.
BARAH TULANG PRIMARY
Barah yang bermula di dalam tulang dikenali sebagai barah tulang primary. Ia selalunya ditemui di tangan dan kaki tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian tulang di badan. Barah tulang primary dikenali sebagai sarcomas dan terdapat dalam pelbagai jenis dan terjadi di bahagian tisu tulang yang berlainan. sarcomas yang biasa menyerang adalah osteosarcoma,
SIAPA YANG PALING BERISIKO?
0 comments:
Post a Comment