KAIZEN ialah perkataan Jepun yang membawa maksud 'penambahbaikan' yang berterusan. Berkonsepkan pembaikan berterusan di setiap proses agar lebih optimal dan efektif serta dapat mengurangkan kos pembaikan pada akhir proses pengeluaran. Dalam pengurusan organisasi KAIZEN adalah satu amalan dan budaya yang mebgekalkan penambahbaikan berterusan dan fokus kepada penghapusan serta pembaziran dalam proses organisasi. Misi KAIZEN adalah mengurangkan kos. Pendekatan KAIZEN lebih menekankan kepada kemanusiaan kerana ia memerlukan setiap indidvidu untuk terlibat dalam usaha penambahbaikan. Format untuk melaksanakan KAIZEN ini boleh dibahagiakan mengikut kesesuaian masing-masing.
Proses KAIZEN = Rancang --> Laksana --> Semak --> Bertindak
Ilmu agama
Jaras di laman isinya padat
Tempat menyimpan buahnya manggis
Orang beriman penuh beradat
Lakunya sopan mukanya manis.
+++++++
Akademik
Menggapai awan di lautan samudera
Kemudi perahu mencari lokan
Tinggal kawan tinggal saudara
Kerana ilmu daku turutkan.
+++++++
Kerjaya
Hidup bergerak mencari makan
Gerak usaha menjadi johan
Sekalung bakti kan ku tinggalkan
Buat keluarga, handai dan taulan.
+++++++
Keluarga
Puisi balada sungguh menyayat
Menjadi bualan para tetamu
Disayangi keluarga sepanjang hayat
Leraikah kasih tidakkan jemu.
+++++++
Cinta
Berbutung papan kayunya bersih
Tempat semadi semasa beradu
Ku gantung harapan mengharapkan kasih
Adakah yang sudi menyapa rindu.
+++++++
InsyaAllah, dengan izin dari-Nya
0 comments:
Post a Comment