BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Wednesday, January 27, 2010

7 FAQ ~ Hukum Mengundi

  1. Apakah hukum mengundi? Pada asalnya hukum mengundi adalah FARDHU KIFAYAH.
  2. Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib? Jika perlu ia boleh menjadi FARDHU'AIN atau WAJIB seperti adanya arahan dari pemerintah sendiri.
  3. Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi? Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanyalah satu KEPERLUAN bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
  4. Bagaimanakah ciri-ciri PEMIMPIN yang patut dipilih sebagai umat ISLAM? Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.
  5. Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak indidvidu atau prinsip parti? Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.
  6. Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir, bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin? Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
  7. Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dengan wanita Islam, siapakah yang sepatutnya kita undi sebagai pemimpin? Wanita ISLAM.
Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa yang berintelektual dalam minggu Pilihanraya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Mari kita sama-sama doakan agar bakal Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi kali ini yang terbaik dalam sejarah MPP seMalaysia. Kepada yang bertanding, bertandinglah secara tulus dengan niat kerana Allah SWT.

0 comments: