Entry kali nie ditaip dlm keadaan marah. Maaf untuk berperasaan begitu sebab memag sangat marah sehingga air mata mengalir dengan deras. Perasaan marah ini bercampur-baur dengan perasaan yang agak kecewa dengan perlakuan individu tersebut. Saya semakin berkecil hati dan terpaksa untuk mengeluarkan entry ini. Bukan hendak mengaibkan beliau dan tidak sama sekali akan berdendam dengan beliau. Marah saya sehingga menjadi pendiam yang jika parah akan menjadi pendendam. Tolonglah jangan biar diri saya menjadi seorang yang pendendam kerana saya mahu berubah menjadi manusia yang baik. Next week final exam tapi sempat lagi individu tersebut membuatkan saya sangat @#!$%^&*. Baik saya ada tahapnya jangan sampai saya bertindak diluar jangkaan dan diluar batasan sebagai seorang manusia. Saya begitu kecewa sekali walaupun perkara itu berlaku diluar pengetahuan saya. Nasib baik ada rakan yang sudi menegur tentang perkara itu yang saya sendiri tidak sedar tentang kewujudan status tersebut di wall beliau. Sungguh sakit bila membaca tulisan di wall tersebut bersama-sama komen-komen yang agak membina dari friend list beliau. Wah, engkau sungguh melampau dan #$@!%^&*.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saya ingin meneutralkan perasaan dan emosi saya yang terganggu dengan info yang lebih berguna tentang hot entry ini. Daripada saya terus beremosi dengan marah lebih baik saya berkongsi ilmu.
Apakah itu marah?
Marah adalah sejenis emosi semulajadi yang biasanya bersifat negatif dan sering dikatakan boleh membawa kepada sedikit sifat keresahan sehingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
Apa yang boleh berlaku apabila marah?
Degupan jantung dan tekanan darah meningkat, pernafasan menjadi cepat dan pendek, mengalami ketegangan otot-otot, paras hormon (adrenalina & noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas.
Bagaimana perasaan marah itu timbul?
Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu perkara atau kebimbangan dalam hidup. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu perkara yang menyebabkan berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan juga boleh berpunca dari dalam diri sendiri apabila memekirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan rasa marah.
Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semulajadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh demikian, perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.
Apakah kesan marah kepada diri?
Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri sendiri. Marah boleh mendorong bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata-mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada diri atau orang sekeliling. Perasaan marah yang terpendam juga mengundang masalah terutamanya berkaitan dengan jalinan perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan diri sendiri bersifat negatif, suka mengkritik, bersifat mengejek, suka menyindir dan ganas.
Cara menangani kemarahan?
Meluahkan perasaan marah dengan sewajarnya dan terkawal. Menahan dan tidak memikirkan perkara tersebut dengan memfokuskan kepada perkara lain dengan tujuan untuk mengubahkan perasaan marah kepada perkara yang lebih membina. Menenangkan diri dengan mengawal perilaku luaran dan tindakbalas dalaman.
Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah."
(Hadis Riwayat Muslim dan Anas)
0 comments:
Post a Comment