BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Sunday, April 25, 2010

Aku terkena

Filem "Shutter Island" di mana filem ini mengisahkan tentang Teddy Daniels (Leonardo DiCaprio) seorang marshal US yang bertugas atas alasan peribadi di Pusat Jagaan Banduan yang tidak waras yang terletak di Shutter Island bersama-sama dengan rakan sekerja baru Chuck Aule (Mark Ruffalo). Kehilangan seorang banduan yang telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh 3 orang anaknya menjadikan alasan utama peribadi beliau untuk menyiasat kes tersebut.
Benggang (oh, tidak sama sekali) tapi rasa tertipu sebab ending movie Teddy Daniels adalah salah seorang banduan yang mendapat rawatan di Shutter Island kerana mengalami ketidakwarasan akibat daripada tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya telah membunuh 3 orang anaknya dengan melemaskan mereka ke dalam tasik belakang rumahnya akibat dari masalah mental. (ish..ish..banyak betul fakta mental dalam filem ni). Isterinya yang dipercayai telah mati terbunuh dalam kebakaran sebenarnya telah mati ditembak olehnya sendiri. Kesibukan tugasnya menyebabkan beliau mengabaikan isterinya yang perlu mendapatkan rawatan sakit jiwa dan kerana terlalu sayang pada isterinya.

Kesimpulan :-
  1. Percaya kepada Rukun Iman yang terakhir iaitu Percaya kepada Qada dan Qadar.
  2. Semua manusia dilahirkan untuk menghadapi ujian hidup dan berpegang teguhlah pada agama atas segala tindakan dan pertimbangan yang bakal dibuat.
  3. Segala yang terjadi ada hikmahnya dan hanya hamba yang mampu sahaja diuji untuk melihat sejauh mana keimanannya kepada sang pencipta.
La tahzan! innallaha ma'ana

0 comments: