BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Sunday, April 11, 2010

i m t i h a n

للهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني
"Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

Musim cinta dalam ilmu pun bermula. Peperangan dalam medan ilmu yang menuntut semua yang dipelajari diaplikasikan. Mungkin ada yang telah lama bersedia kerna telah lama menyiapkan diri untuk menempuh peperangan dalam dewan peperiksaan. Tak kurang juga ada yang segelintir masih lagi belum bersedia sehingga jam menunjukkan untuk bermula kerna mereka ini memang terlalu leka dengan perkara lain sedangkan keluarga dan negara mengharapkan mereka berjaya. Semoga semua sahabat tenang dalam mengharungi cabaran dunia. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Berusahalah selagi mana terdaya. Bertawakallah untuk hasil yang sempurna. Masih belum terlewat untuk berjuang ke titisan terakhir sehinggakan dakwat pena juga tidak segan silu untuk terus menari dalam lakaran jawapan.

"Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, inginkan kejayaan relailah pengorbanan, ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1001 kemanisan."

All the best exam!!
Bittaufiq wan-najah!!

0 comments: