BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, November 10, 2009

Bakau oh Bakau !!!

Alhamdulillah, Program Sukarelawan Alam Sekitar MASKUM 2009 yang berlangsung di Pantai Klanang, Banting pada 13hb sehingga 15hb November 2009 berjalan dengan lancar. Peserta seramai 100 orang dari IPTA zon tengah seperti UKM, UPNM, USIM dan UPM. Program ini adalah hasil kerjasama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM). Jentera pengerak kepda program ini tentulah terdir daripada Urusetia Unit Kebajikan Pelajar dan Palapes UKM. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti ceramah tentang alam sekitar, LDK dan kemuncaknya adalah saat penanaman pokok bakau di Pantai Morib. Sebelum peserta pulang kami akhiri dengan lawatan ke Syarikat Ani Biskut di Banting yang merupakan salah sebuah IKS tempatan yang mengeluarkan produk biskut, kuih raya dan kerepek tempatan. Diharap agar semua peserta bersama-sama menjaga keindahan alam sekitar.

0 comments: