BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Tuesday, November 24, 2009

Ikhlas - Sokongan - Bersedia

PERSIDANGAN PERDANA SUKARELAWAN MASKUM 2009 - GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON


22hb Nov 2009
Berangkat ke lokasi jam 1430 di Panggung Seni seramai 15orang sukarelawan bagi mewakili UKM yang terdiri dari 6orang urusetia UKP dan 9orang PALAPES UKM. Sampai di Glory Beach Resort, PD jam 1600 dan di sambut meriah oleh urusetia UPNM yang bertindak sebagai pihak pengajur bagi program kali ini. Slot Pengalaman Seorang Sukarelawan oleh Datuk Dr. Baba (MERCY) dan bekas TNC HEPA UKM jam 2030. Peserta diberi taklimat oleh UPNM selepas minum malam dan dibenarkan untuk pulang berehat di bilik masing-masing.

23hb Nov 2009
Sarapan seawal jam 0700 sebagai persediaan sebelum Key Note Address (Sesi I) yang akan bermula jam 0815 dengan pengisisan tajuk 1 : Kesukarelawan Memperkayakan Pengalaman & Menggeratkan Persahabatan (YBhg Prof Turiman, pensyarah UPM), tajuk 2 : Bersukarela Di Luar Negara - Misi, Cabaran & Persiapan Pelajar (En. Ishak, Presiden INSAF) dan tajuk 3 : Bagaimana Untuk Menanam Semangat Kesukarelawan (Tzu Chi Buddhist Foundation), Bengkel Serentak (Sesi II dan III). Pada sebelah malamnya pula Pembentangan Resolusi (Sesi IV) dan yna mengambil peluang untuk mewakili kumpulan kuning bagi menyampaikan resolusi kumpulan bagi tajuk Bencana - Sebelum dan Selepas. Slot berakhir jam 2200 dan UKM diserahkan tugas untuk slot untuk esok. Mesyuarat diadakan untuk tindakan urusetia jam 2245.

24hb Nov 2009
Sarapan tepat jam 0700 seperti biasa supaya mempercepatkan perjalanan pagi ini tapi timbul masalah apabila peserta yang lain turun lewat menyebabkan perjalanan program tergendala selama 1jam. Mungkin kesilapan dari pihak UKM sendiri atau pun peserta bermasalah. Ada peserta yang mendengar arahan tapi tak kurang hebatnya peserta yang degil dan sombong. Memang adat la klu berkerjasama, pihak urusetia kena bijak mengurus supaya keadaan terkawal. Kumpulan dibahagikan kepada lokasi masing-masing. Hanya 20orang yang terpilih dari kumpulan Biru yang akan membuat kerja-kerja bina rumah bagi orang yang kurang berkemampuan dan baki dari kumpulan Biru bersama-sama kumpulan Hijau di hantar untuk ke sekolah bagi kerja-kerja sukarelawan yang terbahagi kepada lanskap dan motivasi pelajar. Kumpulan Kuning diberi kesempatan untuk menjalankan aktiviti sukarelawan di rumah OKU. Walaupun semua peserta diberi masa yang terhad tetapi mereka menggunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin. Banyak aktiviti yang dilakukan bersama mengikut agihan tugas masing-masing. Jam 1200 peserta menaiki bus untuk lunch dan seterusnya mendaftar keluar.

0 comments: