BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Friday, November 20, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih adalah satu novel yang penuh berbau Islam yang kini digemari oleh para pecinta novel Habiburrahman El-Shirazy. Novel ini bercerita tentang seorang jejaka yang menuntut ilmu di negeri timur tengah Mesir. Perbezaannya dengan alur cerita novel Ayat-ayat Cinta yang hero utamanya Fahri adalah seorang yang sangat identik dengan ilmu, terjemahan dan hafalan. Berbanding novel ini, watak utamanya adalah Azzam pemuda yang mencari ilmu di Universiti Khairo yang mana dia menyelesaikan pengajian S1 selama 9 tahun. Ini bukan kerana Azzam adalah anak yang bodoh tetapi ia tidak meluluskan sendiri kerana Azzam ingin membantu keluarganya yang tinggal di Solo bersama adiknya dengan cara berjualan makanan ala-Indonesia di Kairo sambil mencari perbelanjaan untuk pengajiannya juga. Hasilnya adik-adiknya telah berjaya sedangkan dia sendiri masih belum lulus. Setelah adiknya lulus, Azzam menghabiskan pengajiannya dan akhirnya lulus dengan cemerlang. Pada saat dia kembali ke tanah air, dia bertemu dengan teman lamanya Erlina yang merupakan anak duta besar negara yang berada di Mesir. Sebenarnya Erlina menyimpan perasaan cinta terhadap Azzam tapi perbezaan mereka begitu jauh seperti langit dan bumi. Azzam hanya peniaga bakso yang miskin sentiasa ragu tentang adakah benar Erlina adalah jodohnya. Memang benar Erlina cantik tetapi Azzam berfikir adalah sukar untuk mendekati Erlina kerana masalah agama yang wujud di antara mereka.
Beberapa persoalan yang tidak pernah terlintas difikiran juga dihurai dengan baik. sebagai contoh, sekiranya perkahwinan itu adalah ibadah, maka perlukah kita memperjuangkan cinta tersebut? Kalau dipisahkan, keduanya menderita. Maka haruskah dibiarkan mereka berdua bersama? Tema ini sering digunakan dalam drama Korea dan pastinya mengisafi diri kerana ianya diolah dengan cara yang berlainan. Yang pastinya akan memahami serba sedikit cinta dari sudut pembangunan jiwa.

0 comments: