Perjalanan bermula seawal 7.30am bermula dengan mendapatkan surat jaminan pelajar di Pusat Kesihatan. Keadaan traffic di highway agar lenggang membuatkan perjalanan lebih lancar tetapi mula sesak di Cheras. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi kira-kira jam 8.50am dan terus menuju ke Orthopedic Clinic untuk pendaftaran. Bersabar dan berdebar untuk giliran pesakit yang ke 45. Kira-kira jam 12.05pm baru giliran yna. Sebenarnya agar tertekan juga kerna berkejaran dengan masa. Jam 2.30pm perlu berkumpul di Panggung Seni. Dalam hati juga ada berdoa untuk tidak bertemu dengan doktor yang lepas. Eh, kenapa ada lagi doktor lelaki? Tuan doktor nak ponteng sembahyang jumaat yek..(kantoi kamu) Hensemnya doktor, tertiba teringat pada Chika. Terasa kegedikan menular dalam jiwa. Okey yna, kawal perasaan. Nak gedik lain kali je, masa tak sesuai. Setelah beberapa persoalan yang diajukan selamat dijawab dengan jaya oleh sang doktor, kini giliran tuan doktor pula mengajukan soalan secara marathon. Arahan seterusnya dari doktor supaya berhenti makan Mobic, hanya makan sekiranya perlu sahaja. Next perjumpaan 11hb Dec 09. (Yes..yes..yes..dapat dating dengan tuan doktor lagi) Pesanan terakhir untuk tidak terlalu bergiat aktif apatah lagi lasak. Banyakkan berehat supaya tulang kembali sembuh. Ingat, 10mm setiap bulan (Aduh, lamanya tulang tue nak sambung semula) Bila boleh berlari? Dalam 6 minggu ini bergantung kepada keadaan pesakit. Jangan sesekali training TKD lagi, tolong bagi tulang kamu rehat untuk aktiviti lasak dalam 6 bulan lagi. (Lamanya, kalau begini mesti tulang yna berkarat sebab tak turun training)
Tulang oh tulang, cepat la sembuh. Tak sabar nak berlari dan menari. Kalau boleh nak melompat-lompat macam katak, nak mendaki Gunung Kinabalu, berenang di Selat Melaka. Ceh wah, ada hati nak berenang di lautan luas. Berenang pun tak pandai. Kalau berkayak, boleh juga diterima.
0 comments:
Post a Comment