BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Sunday, November 8, 2009

Tersasar Jauh

Orientasi pekerjaan menunjukkan kepada minat atau kecenderungan yang ditunjukkan oleh seorang individu dalam pernacangan kerjaya mereka amat berkait rapat dengan personaliti seseorang. Menurut pakar kaunseling kerjaya John Holland di dalam Boles(1979), personaliti individu merupakan faktor penentu kepada pemilihan kerjaya individu. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut tidak mudah mesra atau pendiam, mempunyai kecenderungan untuk memilih kerjaya yang bersifat individu berbanding interaksi sosial. Antara kerjaya yang menjadi pilihannya adalah akauntan, jurutaip, penulis dan sebagainya. Bagi mereka yang bersifat mudah mesra dan suka kepada interaksi sosial, maka kerjaya pilihan yang mungkin menjadi idaman adalah pengurus pemasatran, perhubungan awam, pendidik dan sebagainya.

Apa pendapat korang tentang teori ini? Jika benar, kerjaya yna telah tersasar jauh or yna perlu bijak untuk fleksibelkan kerjaya masa depan dengan mengabungkan personaliti dan mengimbangi dengan ilmu pengetahuan sekarang?

0 comments: