BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, March 7, 2011

Teringat zaman kurus...

Hati semakin tidak keruan selepas pulang dari program di KPT. apa tidaknya bila result pemeriksaan kesihatan secara rawak menunjukkan obesiti tahap 1 and fat 36%. Fat normal perempuan adalah around 20% to 30%. Owh, tidak!!!
Sekarang perlu mengiatkan usaha yang telah lama terkubur. Before balik cuti raya cina tue, ringan je badan nie pegi jogging pagi and petang tiap hari. Masa tue just nak maintainkan berat badan tapi sejak pulang ke rumah, makin menjadi-jadi plak nafsu makan. Mana idaknya, mama masak sedap tiap2 hari. Saja je mama umpan dengan seafood yang jarang dinikmati sepanjang pengajian 4 tahun di bumi ilmu ini..huhu
Ada petua and tips someone yang I kenal. Menurut beliau, perlu ada pesaing if nak kurus. Perlu juga letakkan picture pesaing di lokasi yang dapat dilihat. Bila tengok akan mula berusaha untuk berjaya seperti pesaing tersebut. Contoh paling mudah dalam situasi I sekarang ialah...
"Perlu kurangkan berat badan seperti picture di bawah ini".Tapi awas, jangan terlalu taksub pada kejelitaan plastik mereka. Kelak merana di kemudian hari. Oleh itu, tak kisah la jika badan seperti Adibah Noor janji success.Keputusan lain, tekanan darah rendah. Sejak Isnin lepas tekanan darah rendah dan menyebabkan kegagalan I menderma darah di Hospital Melaka. Agak kecewa dan terkilan sebab tak dapat berbakti pada orang lain. BMI still baik dan normal. Berat 57kg adalah berat paling idea untuk ketinggian I sekarang. Sugar and kolestrol pada tahap normal tapi perlu berhati-hati. Pisang perlu dikurangkan kerana kandungan kanji yang bakal bertukar kepada gula seperti nasi putih. Kesian nasi putih turut menerima kesan yang sama. Lauk pauk seperti sambal tumis or gulai perlu juga dikurangkan sebab cara penyediaannya yang menggunakan minyak. Saiz pinggang dan pinggul bila dinisbahkan masih normal untuk perempuan.

Ku Qhasseih....Hwaiting!!!

0 comments: