

Harapan semakin sesak bila ada pihak mempersendakan bencana alam yang paling teruk dalam sejarah ini seperti yang digambarkan dalam kartun di atas. Sila lebih peka dan sila lebih bertanggungjawab. Rasa seperti kurang sesuai langsung kartun sinis keanak-anakan seperti ini. Apa rasanya jika pihak yang kurang bertanggungjawab ini mempunyai saudara-mara di tempat kejadian. Mungkin lakaran kartun bodoh ini tidak akan wujud. Marilah bersama memahami perasaan insan lain yang di dalam kesulitan.

Natijahnya, hanya sebagai umat akhir zaman haruslah bersiapa sedia dengan amalan yang secukupnya menghadapi hari pembalasan kelak. Mungkin bencana tersebut merupakan peringatan daripada Allah swt supaya kembali ke jalan yang benar. Tsunami ini juga membuktikan bahawa walau sekaya mana seseorang ataupun sesebuah negara tersenut, Allah swt boleh menarik nikmatnya dalam hanya sekelip mata jika Dia mahu. Wallahualam.

0 comments:
Post a Comment