Kantoi pagi tadi bila salah bangunan. Alamak malu besar bila salah masuk bangunan. Itulah padahnya bila tak nak ambil tahu hal2 sekeliling. Contohnya, siapakah ADUN di kawasan anda? Contoh lain ialah di manakah letaknya bangunan PERDA?
Alkisahnya, pada zaman kanak2 di bangku sekolah, kQ memang rajin melepak di rumah kawan sekelas (bukan melepak buat kerja kurang berfaedah tetapi melepak sambil belajar menari) Dahulu kala memang kami terkenal dengan klon group ELITE or FEMININ sehinggalah persembahan waktu 'Hari Kanak-kanak Sedunia' group kami dijemput hadir sama memeriahkan sambutan atau apa2 event sekolah. Itu kisah zaman sekolah rendah. Sekarang jangan buang masa, mahu diceritakan kisah zaman lepas belajar IPT..huhu
Nak dijadikan cerita, dengan sengaja dan taknak menyusahkan abang posmen...teringin nak hantar application by hand. Nak menunjuklah yang anak jati negeri sendiri memang berminat untuk jawatan tersebut. Dengan rasa bangga, awal2 pagi cakap pada mama hajat untuk ke bangunan PERDA. Mama tanya PERDA kawasan Bagan or kawasan Permatang Pauh. Dengan spontan tengok balik alamat, memang sah Perda Bagan....*(so, apa kaitan dengan cerita zaman kanak2 di atas?) Sebenarnya, bukan salah kQ bila bangunan tersebut telah lama berpindah. Masa zaman sekolah rendah dulu, bangunan PERDA memang berada bersebelahan Wisma Peladang. Dengan rasa yakin masuk ke bangunan yang salah tadi dan dengan senyuman yang agak sinis, staf tersebut bagitahu yang ini bukan bangunan PERDA..huhu..beku otak seketika dalam musim hujan pagi tadi bila diberitahu bahawa and tersalah masuk bangunan. Dengan ramah, staf tersebut menunjukkan bangunan yang sebenar. PERDA telah lama berpindah sejak 1998. Lama giler, bayangkanlah tak tahu apa2. Sumpah segan giler bila anak jati kawasan sendiri tak tahu benda2 begini. Bila pulang terus cerita pada mama dan mama apa lagi tergelak besarlah. Bila lagi nak bik kesempatan gelakkan anak sendiri kan..huhu, kasihan daku digelak besar oleh mamaku sendiri..huhu. Apa pun mama tetap di hati walaupun mama gelak or kutuk2 kQ. Tapi kQ tahu, mama tak pernah kutuk kQ malah mama selalu memuji-muji kQ selama ini. Sebab mama pernah cakap mulut mama nie masin, klu selalu kutuk takot jadi betoi. Dan selalunya mama berhati-hati bila berkata-kata sebab setiap bait kata2 seorang ibu adalah doa untuk anaknya sendiri. Mari bermuhasabah diri.
0 comments:
Post a Comment