Punca hidung berdarah!
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Hidung berdarah juga boleh disebabkan oleh selsema, suhu badan terlalu tinggi, alahan, menghembus nafas terlalu kuat, kekeringan selaput lendir serta tekanan darah tinggi. Lebih menakutkan, kadang kala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak berhenti-henti. Untuk menghentikan aliran darah tersebut, kamu boleh picit hidung secara lembut di semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukan selama 10 minit tanpa henti. Selain itu, jangan berbaring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan. Bersihkan darah dengan kain yang lembap dan letakkan ais di bahagian pipi dan dahi. Untuk rawatan lanjut, segeralah berjumpa doktor.
0 comments:
Post a Comment