Perempuan perlu tahu yang LELAKI :-
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanannya yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsikan bersama
- Kebanyakan masa lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Oleh sebab itu, mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! ATAU mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool
- Kebanyakkan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin menganjak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita
- Bila lelaki cakap.. "Emm, tengoklah dulu", itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya
- Kebanyakkanlelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
- Adalah menjadi kebiasaan, lelaki cemburu terutamanya perempuan asyik menyebut nama lelaki lain
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik
- Betapa hebatnya laleki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita istimewa, yang lain hanyalah kawan
- Bila lelaki ternampak dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan saja. kebanyakkan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus ditengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang
- Bila seseoranf perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut beri hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita
- Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi sebab itu dikatakan "Air mata senjata wanita"
Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luaranya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
0 comments:
Post a Comment