ISLAM IS PEACE
Allah menegaskan lagi :-
"Hai manusia, sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu.." (30:22)
SEJARAH TAHUN BARU CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama 'Nian' membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan meleparkan reben meraj ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian 'cheongsam'. Ia menjadi simbol tradisi kemerihan masyarakat cina.
AMALAN TAHUN BARU (ANG PAU)
Secara tradisi angpau atau sampul merah diedarkan sepanjang Tahun Baru Cina oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberikan sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian. Oleh sebab angka '4' dianggap sial kerana perkataan 'empat' sama bunyinya dengan 'mati', maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah '4' ringgit. Sementara itu, angka '8' dianggap bertuah kerana sama binyinya dengan 'kaya', maka '8' ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang kala syiling coklat dimasukkan.
0 comments:
Post a Comment