BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, February 8, 2010

Barah Tulang (part III)

RAWATAN

Setiap rawatan kanser biasanya akan melalui proses pembedahan, rawatan radioterapi atau kemoterapi untuk tempoh-tempoh tertentu mengikut jenis kanser yang dihidapi. Sebelum itu, pesakit biasanya akan dirujuk kepada doktor pakar khusus seperti pakar bedah tulang dan radiasi oncologist. Rawatan pembedahan biasanya melibatkan pembuangan sel kanser sekali gus sebahagian tulang serta tisu berdekatan tulang yang bermasalah. Rawatan kemoterapi pula bertindak untuk membunuh sel barah. Ia biasanya diambil melalui oral atau suntikan ke otot atau salur darah. Sementara radioterapi pula untuk memusnahkan sel barah dan menghentikannya dari tumbuh. Dalam sesetengah kes, ia menjadi pilihan berbanding pembedahan. Bagaimanapun kaedah ‘pembedahan penyelamatan anggota’ yang diperkenalkan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak tahun 2004 antara alternatif rawatan terbaru. Kaedah pembedahan penyelamatan anggota ini memakan masa antara lapan hingga 24 jam melalui dua cara iaitu menggantikan tulang yang dijangkiti barah dengan tulang daripada penderma lain (allograft) atau menggantikannya dengan tulang palsu daripada besi, plastik atau silikon (prosthesis). Untuk membaiki lagi kaedah tersebut, kaedah allophrosthesis dan penggunaan allograft juga boleh dilakukan. Ia melibatkan pembuluh darah yang diambil daripada kaki pesakit yang dipanggil allo fibula composite graft.

APA YANG PERLU ANDA TAHU

1. Barah tulang memusnahkan tisu badan

2. Rawatan barah tulang bergantung pada jenis, lokasi, saiz, usia dan keadaan kesihatan pesakit

3. Biarpun agak berbahaya namun barah jarang sekali terjadi di dalam tulang

4. Barah juga boleh merebak dari tulang ke bahagian lain di dalam badan

5. Diagnosis barah tulang selalunya dimulakan dengan laporan rekod perubatan dan pemeriksaan, darah, ujian, x-ray dan ujian patologis.



0 comments: