Bagaimana untuk tahu status anemia atau tidak?
Gejala anemia agak umum dan mengambil masa panjang untuk dilihat. Gejala paling jelas ialah keletihan walaupun melakukan kerja ringan dan najis berwarna gelap atau kehitaman (menandakan kehadiran darah) serta sangat berbau. Antara gejala lain ialah :-
~kulit pucat
~lemah seluruh badan
~selalu pening
~jantung berdegup lebih pantas atau tidak normal
~sakit kepala
~sesak nafas dan tercunggap ketika melakukan kerja
~tangan dan kaki berasa kebas
~lidah menjadi licin
~ulser ditepi mulut yang menyebabkan rasa sakit
~kuku menjadi kering, terkopek atau berbentuk seperti sudu
0 comments:
Post a Comment