BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Thursday, March 17, 2011

Mashanda


Sejuta Cinta Mashanda

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi 'tuk selamanya
'tuk selamanya
Mungkin ibi sudah suratan
Sudah suratan
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku di sini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu
Sudah menangis karena hidup tanpamu

Tuesday, March 15, 2011


Monday, March 14, 2011

Takziah dan Tahniah

TAKZIAH
"Malang tidak berbau", kata orang tua-tua. Dan orang tua-tua tersebut telah lama meninggalkan kami. Jumaat lepas, seorang lagi sahabat dan sejiran orang tua tersebut telah datang menemuai dia. Menemui dia di alam lain. Orang tua tersebut meninggal kerana sakit tua tapi nasib sahabatnya itu berlainan sekali. Sahabatnya itu meninggal kerana kecederaan dalam kemalangan jalan raya. Ajal dan maut telah tertulis. Detik masa, tempat dan bagaimana telah tertulis untuk semua makluk yang bernyawa di muka bumi ini. Bukan saja manusia bahkan haiwan dan tumbuhan tidak terkecuali. Yang pergi telah selamat pergi dan disempurnakan, semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
TAHNIAH
kQ diterima berkerja dan tidak akan menganggur lagi..hehehe, kerja tersebut hanyalah untuk sementara waktu before bergerak ke bidang pekerjaan yang lebih mencabar kewibawaan kQ. Sungguh berkobar-kobar untuk memulakan kerjaya yang tidak terlintas langsung dalam fikiran. Selain dari perkerjaan tersebut, kQ still terikat lagi dengan KPT sebagai pembantu penyelidik. Can't wait for the next phase. Love KPT so much lately.

Monday, March 7, 2011

Teringat zaman kurus...

Hati semakin tidak keruan selepas pulang dari program di KPT. apa tidaknya bila result pemeriksaan kesihatan secara rawak menunjukkan obesiti tahap 1 and fat 36%. Fat normal perempuan adalah around 20% to 30%. Owh, tidak!!!
Sekarang perlu mengiatkan usaha yang telah lama terkubur. Before balik cuti raya cina tue, ringan je badan nie pegi jogging pagi and petang tiap hari. Masa tue just nak maintainkan berat badan tapi sejak pulang ke rumah, makin menjadi-jadi plak nafsu makan. Mana idaknya, mama masak sedap tiap2 hari. Saja je mama umpan dengan seafood yang jarang dinikmati sepanjang pengajian 4 tahun di bumi ilmu ini..huhu
Ada petua and tips someone yang I kenal. Menurut beliau, perlu ada pesaing if nak kurus. Perlu juga letakkan picture pesaing di lokasi yang dapat dilihat. Bila tengok akan mula berusaha untuk berjaya seperti pesaing tersebut. Contoh paling mudah dalam situasi I sekarang ialah...
"Perlu kurangkan berat badan seperti picture di bawah ini".Tapi awas, jangan terlalu taksub pada kejelitaan plastik mereka. Kelak merana di kemudian hari. Oleh itu, tak kisah la jika badan seperti Adibah Noor janji success.Keputusan lain, tekanan darah rendah. Sejak Isnin lepas tekanan darah rendah dan menyebabkan kegagalan I menderma darah di Hospital Melaka. Agak kecewa dan terkilan sebab tak dapat berbakti pada orang lain. BMI still baik dan normal. Berat 57kg adalah berat paling idea untuk ketinggian I sekarang. Sugar and kolestrol pada tahap normal tapi perlu berhati-hati. Pisang perlu dikurangkan kerana kandungan kanji yang bakal bertukar kepada gula seperti nasi putih. Kesian nasi putih turut menerima kesan yang sama. Lauk pauk seperti sambal tumis or gulai perlu juga dikurangkan sebab cara penyediaannya yang menggunakan minyak. Saiz pinggang dan pinggul bila dinisbahkan masih normal untuk perempuan.

Ku Qhasseih....Hwaiting!!!

Sunday, March 6, 2011

Buat Keputusan Yang Betul

Jika sukar untuk membuat sebarang keputusan lebih-lebih lagi sewaktu sedang bermesyuarat, ketukkan jari jemari ke meja secara perlahan-lahan dan berirama. Penyelidik mendapati sesiapa yang melakukan perkara ini selama 45 saat, mereka mampu membuat satu keputusan besar yang jika tidak dilakukan, mereka mungkin akan menyesal. Tindakan ini secara langsung mengaktifkan risiko otak berpindah ke bahagian kiri. Gunakan cara ini jika kita terpaksa membuat keputusan pantas dalam apa jua keadaan.

Hati lelaki = Besi

Hati lelaki macam besi. Betul kuncinya, terbukalah hati dan ternampaklah segala isi hatinya. Kuncinya di mana? Melembutkan hati lelaki adalah seperti melembutkan warna-warna garang kepada warna-warna harmoni yang mendamaikan perasaan pasanganya.

Saturday, March 5, 2011

MARAH? Apa yang perlu dilakukan?

DIAM : Mendimkan diri dapat meredakan marah. Jangan berbalas cakap kerana jika anda balas cakap dengan orang yang menaikkan darah, maka kemarahan boleh semakin memuncak.

JAUHKAN DIRI : Apabila sedang marah, lebih baik anda menjauhkan diri daripada individu yang menyebabkan anda marah. Duduk berdekatan boleh mendatangkan lebih marah dan berkemungkinan kecederaan. Maklumlah ketika marah, syaitan akan menghasut kita untuk berbuat lebih teruk.

BERWUDUK : Wuduk ialah satu jalan yang amat bagus kerana bolah 'mencairkan' kemarahan menjadi cairan yang terus mengalir keluar dari tubuh. Kemudian jalankan solat dua rakaat. Alangkah bagusnya bila kita berbuat demikian.