Rasa mengantuk yang remaja alami terbit daripada rasa malas. Malas untuk berfikir dan mengingat. Remaja tidak boleh biarkan otak terus berehat kerana kebolehan untuk berfikir akan menjadi semakin terhad kerana mengantuk. Berikut adalah panduan bagi membantu mengatasi masalah mengantuk di kelas. Senaman otak mungkin membantu namun keinginan dalam diri sendiri adalah tip paling mujarab untuk mengatasi masalh mengantuk. Senaman otak yang boleh dipraktikkan :-
- Tarik nafas panjang dan bulatkan mata. Lakukan berulang kali di tempat duduk semasa pensyarah sedang mengajar dan ketika sedang mengantuk.
- Unjurkan kedua-dua jari telunjuk ke hadapan dan secara serentak membina huruf 'S' di udara secara serentak dan bertentangan. Mata perlu mengikut pergerakan jari.
- Letakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika duduk, sebelah tangan digenggam dan sebelah lagi diterbangkan. Pergerakkan secara serentak dan kemudiannya tangan yang digenggam menumbuk paha dan tangan yang terbalik menggosok paha.
- Tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian tahan nafas dalam kiraan 7, lepaskan nafas juga dengan perlahan-lahan dalam kiraan 7.
- Minta kebenaran pensyarah untuk berdiri. Buat pergerakkan seperti sedang rukuk ketika solat. Tolak lutut ke belakang dan tekan bahagian pelipat sehingga rasa sakit.
Semua senaman otak tersebut dapat membantu pergerakan oksigen ke otak denan lancar dan dapat mengurangkan rasa mengantuk. Namun tindakan berikut juga perlu diambilkira bagi membantu.
- Dapatkan tempat di hadapan ketika belajar di dalam kelas, makmal atau bengkel.
- Duduk di sebelah rakan yang bermotivasi tinggi untuk belajar.
- Apabila duduk di depan, pensyarah akan cenderung memerhati dan kerap bertanya. Untuk itu, kita akan lebih bersedia dan rasa terancam. Orang yang terancam secara automatik akan bertindak untuk membela diri dan senantiasa ingin bersedia.
- Baca dulu topik yang akan di ajar oleh pensyarah dengan itu akan mudah faham dan tahu bagaimana untuk mengajukan persoalan. Apabila aktif di dalam kelas, ia tidak akan menyebabkan rasa mengantuk lagi.
- Bina matlamat dan cita-cita dengan jelas.
0 comments:
Post a Comment