Why I English
1 month ago
cinta SUCI perawan SUFI
Apabila tiba musim menuai, Adam akan turut serta. Hanya kerana dia boleh makan sebanyak mana yang dia mahu. "Mereka semua tidak bijak seperti aku," fikirnya. "Lebih banyak mereka kutip, lebih beratlah bakul-bakul mereka." Bakulnya tidak pernah penuh sebagaimana penuh perutnya itu. Malah, apabila sesuatu harus dilakukan, Adam sentiasa mencari alasan. "Tentu ada seseorang yang akan membuatnya. Mengapa harus aku?"Kemudian, pada satu malam yang kelam dan suram, ibu Adam jatuh sakit. Dengan suara yang lemah, dia menyuruh Adam memanggil bomoh dari kampung berhampiran. Adam dapat merasakan kegerunannya yang memuncak. Dalam keberaniannya yang ditunjuk-tunjuk itu, satu-satunya yang paling ditakuti oleh Adam adalah kegelapan. Dan jalan ke kampung sebelah adalah melalui hutan tebal dan gelap. Namun, apakah dia punyai pilihan?Lalu, Adam memulakan perjalanannya. Pada mulanya perlahan tetapi semakin pantas langkahnya seiring dengan malam yang semakin gelap, segelap dakwat hitam. Malah, sang bintang bagai menyembunyikan diri mereka pada malam itu. Tidak lama kemudian, Adam menyedari bahawa dia telah sesat. Bunyi-bunyian yang aneh dari hutan belantara di sekeliling menambahkan lagi ketakutan yang teramat dalam dirinya.Tiba-tiba dia ternampak sesuatu, kelipan lampu menembusi kegelapan malam. Ia datangnya dari sebuah rumah usang milik Pak Su, salah seorang penduduk kampung. Adam berasa lega. Tetapi lebih daripada itu, dia berasa curiga. Pak Su buta!Berjalan ke arah Pak Su, Adam bertanya, "Kenapa Pak Su perlukan lampu sedangkan Pak Su tidak boleh nampak?" Orang tua itu tersenyum seraya berkata, "Inilah yang kamu harus buat kalau kamu menjadi sebahagian daripada kampung ini, kamu saling tolong-menolong. Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh melihat." "Aku menyalakan lampu ini supaya orang lain, seperti kamu boleh melihat."
Posted by nur QhaSsEiH at 9:10 PM
0 comments:
Post a Comment