BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SETANGGI SYURGA

Monday, August 30, 2010

Merdeka

Esok 31 Ogos dan sekali lagi sambutan kemerdekaan untuk kali ke 53. Berkisar tentang isu akhir-akhir ini, penulis meluahkan rasa marah yang belum ke tahap dendam lagi terhadap pemberontak-pemberontak yang sanggup memalukan negara sendiri dengan tindakan bodoh mereka membakar, memijak dan melontarkan najis ke Jalur Gemilang. Penulis menganggap ini tindakan yang tidak berwawasan dan tidak bertamadun. Tindakan biadap ahli BENDERA (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia) itu adalah kesan semangat NASIONALIS MELULU sehingga tidak lagi berfikir secara nasional dan waras berlandaskan hukum, adat dan agama. Tidak hairanlah kerana ini negara tersebut kurang maju berbanding negara lain yang dianggap kurang maju seperti India. Negara India juga mempunyai kehebatan sekurang-kurangnya dalam bidang Informasi Teknologi Maklumat. Sikap emosi ini bakal mengundang kepada perkara-perkara yang berbahaya kepada negara jika tidak dibendung. Keselamatan pelajar-pelajar Malaysia juga turut dibimbangi oleh ibubapa yang menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di sana. Penulis sendiri bimbang tentang tahap keselamatan bekas roomatenya bila berdepan dengan isu ini. Penulis doakan semoga Allah swt melindungi AZIEMAH BINTI ABDUL LATIFF yang sedang menuntut di University of Trisakti serta semua pelajar-pelajar kita yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu di negara tersebut. GERAK (Gerakan Kebangkitan Rakyat) akan menghantar memorandum ke Kedutaan Indonesia bagi membincangkan masalah ini secara lebih lanjut terutamanya mencari 'siapakah dalang disebalik peristiwa ini'.
Apabila Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilemparkan najis serta Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar oleh penunjuk perasaan daripada BENDERA minggu lalu, beberapa bantahan atau kencaman dari seluruh negara kedengaran? Bayangkanlah apa berlaku di Indonesia jika perbuatan itu dilakukan rakyat kita di sini. Walaupun apa yang dilakukan segelintir rakyat Indonesia itu mencerminkan tahap kebodohan mereka dan tidak mungkin kita membalasnya dengan cara itu juga, ia tidak bermakna kita harus berdiam diri apabila maruah negara dicemari sebegitu buruk rupa. Berapa banyakkah bantahan daripada NGO di negara ini disampaikan kepada Kedutaan Indonesia atau perhimpunan secara aman diadakan di bandar seluruh negara bagi menyampaikan mesej mengenai perasaan kita terhadap tindakan rakyat negara yang sering disebut sebagai SAUDARA SERUMPUN itu?
Walaupun kita mahu rakyat dan generasi muda negara ini mempunyai semangat nasionalis yang tinggi tetapi kita juga tidak mahu rakyat kita terlalu tipis jiwa patriotik mereka sehinggakan diam seribu bahasa apabila maruah negara dihina sedemikian rupa.

0 comments: